MPT perkasa tadbir urus, tingkat elemen intergriti

TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan memperkasakan tadbir urus dan meningkatkan elemen integriti dalam kalangan warga pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut pada tahun ini.

Yang Dipertuanya, Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, pada masa sama MPT akan memantapkan kewangan majlis dengan meningkatkan hasil dan mengurangkan ketirisan perbelanjaan.

Menurutnya, hala tuju dan fokus MPT adalah berpandukan dasar yang digariskan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030.

“Oleh itu, kita perlu terus berganding bahu supaya setiap perkara yang dirancang dan dilaksanakan dapat memberi limpahan kebaikan kepada penduduk Taiping,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Upacara Mengangkat Sumpah dan Menerima Jawatan sebagai Ahli Majlis MPT di Dewan Mesyuarat Cempaka, Wisma Perbandaran Taiping, pada Khamis.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Terdahulu, seramai 21 calon menerima watikah dan mengangkat sumpah pengakuan menerima jawatan sebagai Ahli Majlis mengikut Seksyen 11 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Ahli Majlis yang dilantik akan memikul tanggungjawab tersebut selama dua tahun bermula 16 Mac 2024 hingga 15 Mac 2026.

Pelantikan kali ini melibatkan tujuh Ahli Majlis daripada parti Barisan Nasional (BN), DAP (11) dan PKR (tiga)

Daripada jumlah tersebut, pelantikan itu membabitkan 11 calon baharu dan bakinya adalah daripada calon sedia ada. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak tidak bercadang untuk bahagi kuota Ahli Majlis

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI