Lelaki Orang Asli maut dipercayai diserang harimau belang

SUNGAI SIPUT – Seorang lelaki Orang Asli, maut dipercayai diserang harimau belang ketika mencari rotan di kawasan hutan berhampiran Kampung Takung, Pos Perwor, di sini, Ahad lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Zolkafly Harun berkata, kejadian berlaku ketika mangsa Zamberi Angah, bersama rakannya berada di kawasan hutan yang terletak dalam Hutan Simpan Korbu.

Beliau berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menerima aduan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.30 petang, pada Ahad sebelum bergegas ke lokasi.

“Pasukan PERHILITAN kemudiannya bertemu dengan anak mangsa sebelum operasi pencarian bersama dimulakan kira-kira jam 6.30 petang.

“Operasi berkenaan membabitkan PERHILITAN, anggota Balai Polis Lintang, RELA, kira-kira 30 penduduk kampung serta pekerja balak,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya pada malam Isnin.

Menurut Zolkafly, mangsa ditemukan sekitar jam 6.58 petang di kawasan rumpun buluh berhampiran jalan balak, kira-kira 200 meter dari lokasi dipercayai menjadi lokasi mangsa di serang di mana kesan tapak harimau belang serta beberapa petunjuk lain turut ditemukan di sekitar kawasan kejadian.

“Sebagai wakil rakyat kawasan, saya menerima berita ini dengan amat mendukacitakan.

Foto FB Datuk Zolkafly Harun

“Kejadian yang berlaku dalam kawasan Hutan Simpan Korbu ini amat memilukan dan pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga serta seluruh masyarakat setempat,” katanya.

Zolkafly turut menggesa agar tindakan pemantauan serta kawalan dapat dilaksanakan dengan segera demi menjamin keselamatan penduduk, khususnya masyarakat Orang Asli yang bergantung kepada hasil hutan untuk meneruskan kehidupan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memasuki kawasan berkenaan buat sementara waktu, selain sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI