Pemain boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple yang menyumbangkan satu pingat emas menerusi skuad triples pada Kejohanan Boling Padang Asia ke-16 Clark, Filipina baru-baru ini dinobatkan sebagai Olahragawan Negeri Perak bagi tahun 2023/2024.
Parti Amanah Negara (Amanah) Perak bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa supaya siasatan dijalankan ke atas Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari susulan satu hantaran di Facebook yang didakwa berbentuk penghinaan dan bersifat provokatif.
Lebih daripada 10 tok batin atau penghulu Orang Asli dari perkampungan di sekitar Daerah Kinta terlibat dalam Istiadat Tabal Mandi Balai Datuk Panglima Kinta di perkarangan kediaman rasmi Orang Besar Jajahan Kinta
Selepas 43 tahun tidak berlangsung, Istiadat Tabal Mandi Balai kembali diadakan sebagai sebahagian daripada Istiadat Pertabalan Datuk Panglima Kinta Ke-18, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan di perkarangan kediaman rasmi Orang Besar Jajahan Kinta, di sini, pada Isnin.
Seramai 17 batin dari perkampungan Orang Asli di sekitar Daerah Kinta terlibat dalam upacara Mandi Balai yang menjadi sebahagian daripada Istiadat Pertabalan Datuk Panglima Kinta, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan yang berlangsung di perkarangan kediaman rasmi Orang Besar Jajahan Kinta, Ipoh, pada Isnin.
Menyimpan impian sejak muda, Azmil Abdul Latif, 52, akhirnya merealisasikan cita-citanya itu dengan membuka sebuah kedai pastri dilengkapi hiasan vintaj yang dinamakan Billy The Cakes sebaik sahaja mencecah usia 50 tahun.
Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini pada Jumaat.
Projek pembangunan Perpustakaan Digital Perak dijangka siap sepenuhnya Disember ini dan akan diserahkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) pada tahun hadapan.