Seorang pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan, pada Khamis, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian tiga lelaki warga Pakistan 1 Syawal tahun lalu.
Ponggal merujuk kepada nasi manis yang dimasak sebagai simbol syukur atas hasil menuai, serta perayaan yang menandakan permulaan hidup baharu dan penghargaan terhadap alam dan Tuhan.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan mewujudkan enam studio siaran langsung di seluruh negara sebagai usaha membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) memasarkan produk mereka secara dalam talian, pada tahun ini.
Seorang pemilik syarikat penyelenggaraan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Rabu atas empat pertuduhan menggunakan dokumen palsu pada Sijil Electronic Fire Extinguisher Inspection System (eFEiS) pada alat pemadam api, bulan lalu.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh susulan dakwaan penyebaran fitnah pembangkang kepada kerajaan yang kononnya menyembunyikan Titah Adendum
Kerajaan Negeri Perak akan memohon kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyegerakan kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki (CF) bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Ladang Ayer Tawar, di sini.
Mereka hidup di dalam ekosistem alam semula jadi dimana gajet tidak menjadi keperluan seharian. Gelak tawa mereka memecahkan sunyi di hutan tua Royal Belum, Gerik Perak.
Wanita UMNO Perak mengambil pendirian positif terhadap keputusan PAS untuk turut menyertai perhimpunan solidariti kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada Isnin ini.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Perak menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 57 keluarga yang terjejas banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Hulu, dekat sini.
Seramai 31,705 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan memulakan sesi peperiksaan bertulis di Negeri Perak bermula 2 Januari hingga 6 Februari depan.