Tiga syarikat perlombongan bijih timah dan unsur nadir bumi karbonat (REC) yang sebelum ini didakwa terbabit dengan pencemaran beberapa sungai di Gerik telah dibenarkan untuk beroperasi semula.
IPOH - Zhairif Iman, anak lelaki Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin mengimamkan solat jenazah bapanya sendiri. Detik itu menjadi penghormatan terakhir seorang anak kepada ayah yang gugur berbakti demi negara. -MGPerak
Pegawai Kanan VAT 69 Komando, Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin yang meninggal dunia ketika menjalani latihan menyelam di Pulau Mataking, Semporna, pada Khamis sempat memindahkan wang belanja kepada anak sulungnya sehari sebelum kejadian.
Kerajaan negeri telah menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM20,000 kepada 59 Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Rabu.
Jenazah Pegawai Kanan VAT 69 Komando, Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin yang meninggal dunia ketika menjalani latihan menyelam di Pulau Mataking, Semporna, selamat dikebumikan pada jam 6.10 petang, di sini pada Jumaat
Kinta Medical Centre (KMC) bakal menggunakan mesin imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) berteknologi tinggi dilengkapi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan imbasan yang lebih pantas dan jelas.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyeru semua pihak menjadikan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 sebagai kayu ukur dan ujian sebenar terhadap keupayaan sistem penyampaian kerajaan negeri dari peringkat dasar hingga ke paling hadapan.
Lebih 92 peratus daripada 19,000 aduan yang diterima Kerajaan Negeri Perak melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) pada 2025 berjaya diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.
Kerajaan Perak mensasarkan kutipan hasil negeri sebanyak RM1.48 bilion tahun ini berbanding RM1.4 bilion pada 2025, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.