Bapa, bayi 11 bulan maut dalam kemalangan tiga kereta

IPOH – Seorang bapa bersama bayi perempuannya berusia 11 bulan maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kereta di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Medan Klebang Restu di sini sekitar jam 7.20 pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Fakhrul Najmi Roslan, 26, yang memandu kereta jenis Proton Saga dilaporkan maut di lokasi kejadian manakala bayinya Naura Adleena mengalami kecederaan parah.

Menurut sumber, bayi perempuan berkenaan bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Kejadian dipercayai berlaku ketika kereta yang dinaiki dua beranak itu keluar dari simpang sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Mercedes Benz.

Akibat pelanggaran kereta mangsa terbabas dan terseret sehingga terkena sebuah Perodua Alza yang berada di susur kiri jalan arah Klebang Restu.

Difahamkan mayat kedua-dua beranak telah dihantar ke ke Unit Forensik HRPB untuk dibedah siasat dan akan dikebumikan di Batu 9, Tanah Perkuburan Islam Chemor, di sini.

Sementara itu, cubaan menghubungi Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan gagal apabila tiada sebarang maklum balas diberikan beliau. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua maut, seorang cedera kemalangan babit tujuh kenderaan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI