Bayar cukai taksiran MBI, berpeluang menang cabutan bertuah

IPOH – Penduduk Ipoh berpeluang melayakkan diri untuk menyertai Cabutan Bertuah Tahun 2024 jika menjelaskan bayaran cukai taksiran selewat-lewatnya 29 Februari depan.

Datuk Bandar Ipoh berkata, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membuka peluang penyertaan cabutan bertuah yang akan diadakan pada Mac itu di semua saluran pembayaran.

Menurutnya, pada 11 Disember lalu, pihak MBI melaksanakan cabutan bertuah bulanan secara digital bagi bulan November 2023 dan 10 orang pemenang telah diumumkan.

“Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pembayar-pembayar awal yang telah selesai melaksanakan tanggungjawab mereka kepada bandar raya Ipoh setiap tahun.

“Pada masa sama, program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran bulanan ini juga diadakan sebagai hebahan kepada wargakota memandangkan mulai penggal 2/2023 tiada lagi penghantaran bil fizikal kepada pemilik –pemilik harta.

“Oleh itu, orang ramai boleh memuat turun aplikasi DMBI atau melayari portal MBI (d-mbi@ipoh) untuk semakan dan seterusnya membuat pembayaran secara atas talian.

“Ini adalah langkah untuk menggalakkan penduduk di Ipoh membuat pembayaran tanpa perlu hadir ke kaunter tetapi masih boleh menyertai Cabutan Bertuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2024 bagi Bulan Disember 2023 di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Whip Ahli Majlis MBI, Datuk Mazlan Abd Rahman dan Setiausaha Bandaraya, Ahmad Munir Ishak.

Cabutan Bertuah  Cukai Taksiran Tahun 2024 bagi Bulan Disember 2023 menawarkan hadiah wang tunai berjumlah keseluruhan berjumlah RM4,500 untuk dimenangi 10 orang pemenang dengan hadiah utama bernilai RM 1,000.

Sehingga Disember 2023, sebanyak 19,630 bil telah membuat pembayaran awal selama setahun bagi bil Cukai Taksiran 2024 dengan jumlah bayaran sebanyak RM7.06 juta. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Buang sampah: MBI keluar kompaun RM498,750

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI