Bayaran parkir ke Pulau Pangkor tinggi, Perak cari penyelesaian

BATU GAJAH – Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat untuk mencari mekanisme terbaik bagi menyelesaikan isu bayaran parkir yang didakwa tinggi kepada pengunjung untuk ke Pulau Pangkor.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, perbincangan itu penting supaya pengunjung tidak terbeban dengan situasi berkenaan.

Menurut beliau, lokasi parkir kenderaan tersebut merupakan kawasan persendirian dan bukan di bawah kawalan kerajaan negeri.

“Kita sedang berbincang dengan pihak terlibat supaya diadakan satu mekanisme lebih ‘visitor friendly’ (mesra pengunjung) berhubung perkara berkenaan.

“Selain itu, kita juga mempunyai alternatif lain (bukan hak milik persendirian) untuk pengunjung meletakkan kenderaan mereka.

“Kepada mereka yang ingin menggunakan tempat letak kereta sebenarnya boleh gunakan kemudahan yang ada di jeti Lumut iaitu parkir yang disediakan kerajaan (Majlis Perbandaran Manjung) dengan caj yang tidak seperti dikenakan tempat persendirian.

Bayaran parkir ke Pulau Pangkor tinggi, Perak cari penyelesaian
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Perak, Loh Sze Yee pada sidang media pada majlis perasmian Perak Bike Week 2023 di Silverlakes Village Outlet, di Batu Gajah. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 DISEMBER 2023.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perak Bike Week 2023 sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 di Silveritage Village Outlet, di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Sze Yee berkata, Medan Tempat Letak Kereta Bertingkat (MTLKB) Lumut adalah pilihan yang lebih murah dan selamat untuk pengunjung ke Pulau Pangkor.

“MTLKB berbumbung ini mempunyai empat tingkat dan boleh memuatkan sehingga 900 kenderaan pada satu-satu masa serta dilengkapi dengan kawalan litar kamera tertutup (CCTV) dan keselamatan bersenjata 24 jam.

“Kadar caj maksimum yang dikenakan hanya RM15 untuk 24 jam atau RM1 bagi dua jam pertama dan RM1 bagi setiap jam berikutnya,” jelasnya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang pelancong yang meluahkan rasa tidak puas hari kerana terpaksa membayar RM46 bagi tempoh tidak sampai 48 jam selepas meletakkan kenderaan di parkir persendirian untuk ke Pulau Bebas Cukai itu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak jangka lebih 20,000 pengunjung hadir pelancaran TMP 2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI