Bazar Ramadan perkarangan Stadium Perak antara 24 lokasi tumpuan warga Ipoh untuk mendapatkan juadah enak berbuka puasa daripada tradisional hinggalah moden. Foto, ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 MAC 2024.
MENJELANG esok, umat Islam akan mula menunaikan ibadah puasa dan sudah semestinya bazar ramadan akan menjadi tumpuan orang ramai membeli pelbagai jenis juadah berbuka.
Bazar Ramadan perkarangan Stadium Perak antara 24 lokasi tumpuan warga Ipoh untuk mendapatkan juadah enak berbuka puasa daripada tradisional hinggalah moden.
Antara menu yang menjadi tarikan utama adalah martabak, kebab, telur ikan loma, ikan pekasam, nasi ayam pasu dan berbagai jenis kuih-muih tradisional.
Jurugambar MG Perak, Aniq Nabilafiq Anuar sempat merakam peniaga-peniaga melakukan persiapan pada petang Isnin menjelang Ramadan.