Bazar Stadium Perak meriah dengan persediaan peniaga

MENJELANG esok, umat Islam akan mula menunaikan ibadah puasa dan sudah semestinya bazar ramadan akan menjadi tumpuan orang ramai membeli pelbagai jenis juadah berbuka.

Bazar Ramadan perkarangan Stadium Perak antara 24 lokasi tumpuan warga Ipoh untuk mendapatkan juadah enak berbuka puasa daripada tradisional hinggalah moden.

Antara menu yang menjadi tarikan utama adalah martabak, kebab, telur ikan loma, ikan pekasam, nasi ayam pasu dan berbagai jenis kuih-muih tradisional.

Jurugambar MG Perak, Aniq Nabilafiq Anuar sempat merakam peniaga-peniaga melakukan persiapan pada petang Isnin menjelang Ramadan.

Peniaga ayam dan sotong gunting di Bazar Ramadan Stadium Perak melakukan persiapan terakhir sebelum memulakan perniagaan pada esok petang iaitu 1 Ramadan. Foto, ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 MAC 2024.
Salah seorang peniaga Roti John melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum memulakan perniagaan di Bazar Ramadan Stadium Perak petang esok. Foto, ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 MAC 2024.
Peniaga Zainal Satay Ipoh memunggah peralatan berniaga mereka di Bazar Ramadan Stadium Perak sebelum memulakan perniagaan di bulan Ramadan bermula esok. Foto, ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 MAC 2024.
Salah seorang peniaga tidak melepaskan peluang memasang lampu di khemah yang disewanya di Bazar Ramadan Stadium Perak sebagai persediaan awal. Foto, ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 MAC 2024.
Empat sahabat sedang berbincang bagaimana mahu mengantung ‘banner’ perniagaan mereka bagi menarik kehadiran pengunjung yang hadir di Bazar Ramadan Stadium Perak bermula esok. Foto, ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 MAC 2024.
Kelihatan dua peniaga membersihkan peralatan mengukus sebagai persediaan sebelum memulakan perniagaan sepanjang ramadan di Bazar Stadium Perak esok. Foto, ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 MAC 2024.
Abang ‘Kaya Ball’ mempamerkan kekuatannya menolak trak makanan yang diletakkan di Bazar Stadium Perak sebagai persediaan pembukaan bazar berkenaan bermula esok 1 Ramadan. Foto, ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 MAC 2024.
Kelihatan peniaga minuman menolak tong ais sebagai persediaan hari pertama Bazar Stadium Ipoh esok bersamaan 1 Ramadan. Foto, ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 MAC 2024.

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI