Belanjawan Perak 2024: Pegawai, AJK masjid mohon elaun dinaikkan

IPOH – Pegawai dan ahli jawatankuasa masjid berharap agar Kerajaan Negeri Perak dapat menaikkan peruntukkan elaun serta menyediakan dana khas menerusi Belanjawan Perak 2024.

Setiausaha Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam, Mohamad Daelami Osman, 57, berkata, ini kerana insiatif berkenaan sedikit sebanyak dapat merancakkan lagi aktiviti pengimarahan masjid.

belanjawan perak imarah masjid pengimarahan masjid pegawai imam bilal siak masjid perak belanjawan perak imarah masjid pengimarahan masjid pegawai imam bilal siak masjid perak
Setiausaha Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam, Mohamad Daelami Osman, 57. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 NOVEMBER 2023.

“Jawatankuasa masjid memang memerlukan dana bagi tujuan pengimarahan masjid seperti melalui inisiatif sumbangan tunai atau bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan yang kami jalankan di sini.

“Kami amat mengalu-alukan sekiranya ada peruntukan khas untuk aktiviti pengimarahan masjid dalam belanjawan kali ini,” katanya ketika ditemui MG Perak.

belanjawan perak imarah masjid pengimarahan masjid pegawai imam bilal siak masjid perak belanjawan perak imarah masjid pengimarahan masjid pegawai imam bilal siak masjid perak belanjawan perak imarah masjid pengimarahan masjid pegawai imam bilal siak masjid perak
Siak Masjid Panglima Kinta, Ipoh, Armi Mustafa, 55 membersihkan sekitar masjid. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 NOVEMBER 2023.

Sementara itu, Siak Masjid Panglima Kinta, Armi Mustafa, 55, berkata pihaknya berharap untuk elaun dapat dinaikkan agar ia dapat membantu ahli jawatankuasa masjid berdepan dengan tekanan kos sara hidup tinggi.

“Jika diikutkan elaun RM300 yang diterima secara bulanan memang tidak mencukupi, dan agak tidak dapat membantu kami dengan kos sara hidup masa kini.

“Seperti saya, saya berulang setiap hari dari rumah ke masjid yang mana ia turut melibatkan kos petrol. Jadi memang diharapkan agar ada pertambahan elaun dalam belanjawan ini,” ujarnya lagi.

belanjawan perak imarah masjid pengimarahan masjid pegawai imam bilal siak masjid perak belanjawan perak imarah masjid pengimarahan masjid pegawai imam bilal siak masjid perak
Siak Masjid Panglima Kinta, Ipoh, Armi Mustafa, 55. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 NOVEMBER 2023.

Pada masa sama, Imam Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak), Mohd Ridzuan Zaidin, 58, berpandangan beliau turut berharap untuk kerajaan negeri menaikkan elaun pegawai dan memperuntukkan sejumlah dana khas untuk masjid.

Katanya, ia sedikit sebanyak dapat menyemarakkan lagi semangat mereka dalam usaha mengimarahkan lagi masjid menerusi pelbagai aktiviti bulanan.

belanjawan perak imarah masjid pengimarahan masjid pegawai imam bilal siak masjid perak belanjawan perak imarah masjid pengimarahan masjid pegawai imam bilal siak masjid perak
Imam Masjid Sultan Idris Shah II Ipoh, Mohd Ridzuan Zaidin, 58. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 NOVEMBER 2023.

“Pengurusan sesebuah masjid memerlukan satu peruntukan yang besar yang mana. Oleh itu kami memang memerlukan dana atau peruntukan tambahan.

“Kami berharap belanjawan negeri yang akan dibentangkan akan membantu masjid di seluruh negeri untuk memperkasakannya sebagai sebuah institusi dan pusat pengembahan Islam,” katanya lagi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dijadual akan membentangkan Belanjawan Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Jumaat. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024: Belia harap ada khabar gembira tentang rumah mampu milik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI