Beli berulang kali MO seludup lebih 13,000 liter diesel – KPDN

LUMUT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya mematahkan aktiviti penyelewengan dan ketirisan 13,549 liter minyak diesel bersubsidi di sebuah premis di Kampung Acheh, dekat sini, pada Khamis.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kejayaan itu susulan operasi Ops Tiris 3.0 yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Penguat Kuasa KPDN Perak, Cawangan Manjung, pada jam 12.50 tengah hari.

Menurutnya, ia susulan hasil maklumat dan risikan yang dijalankan pihaknya di sekitar Kampung Acheh selama seminggu.

Beliau berkata, pihaknya mendapati modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan membuat pembelian minyak diesel secara berulang kali.

Kamaluddin memberitahu, diesel berkenaan diisi melalui tangki asal lori disyaki milik premis di stesen minyak berhampiran sebelum memindahkannya ke tangki Intermediate Bulk Container (IBC) untuk kegunaan industri.

“Siasatan lanjut juga mendapati premis tersebut mempunyai permit untuk meyimpan minyak diesel Diesel dan hanya layak membeli minyak diesel tanpa subsidi daripada pembekal yang berlesen.

“Namun, cuba mengaut keuntungan dengan mengambil minyak bersubsidi di stesen minyak secara berulang,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Kamaluddin, selain minyak diesel, hasil pemeriksaan di lokasi juga menemukan tiga tangki IBC serta satu tangki skid.

Jelas beliau, susulan itu kesemua barangan bernilai RM41,913.08 disita selain pemilik syarikat berusia 30-ditahan untuk siasatan lanjut.

“Stesen minyak yang disyaki terlibat juga akan disiasat di bawah peruntukan sedia ada, termasuklah syor pembatalan Lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA) barang kawalan minyak diesel jika didapati bersalah terlibat dalam penyelewengan ini.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak rekod nilai rampasan lebih RM3 juta

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI