Belia Perak semakin mendominasi dunia keusahawanan

IPOH – Lebih 50 peratus usahawan di Perak kini terdiri daripada golongan belia berusia seawal 20-an, sekali gus membuktikan kerajaan negeri sentiasa membuka ruang dan ruang kepada mereka untuk menceburi bidang keusahawanan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, kebanyakan daripada mereka mula berkecimpung dalam dunia keusahawanan melalui sama ada menerusi legasi daripada ibu bapa atau memulakan perniagaan sendiri selepas menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menurutnya, Karnival Anak Muda (KAMU) antara platform terbaik untuk anak muda memperkenalkan perniagaan mereka kepada orang ramai.

“Melalui program ini, idea, pandangan dan kemahiran anak-anak muda diraikan, manakala bakat mereka diangkat serta diberikan peluang untuk ditonjolkan.

“Platform ini menjadi medium untuk menzahirkan segala bakat dan idea tersebut supaya dapat menjadi inspirasi kepada anak-anak muda lain.

“Akhirnya, bakat yang diasah mampu ditransformasikan menjadi produk dan melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi walkabout Pekan Pop Up @ KAMU 2025 di perkarangan Stadium Indera Mulia di sini, pada Sabtu.

Belia Perak semakin mendominasi dunia keusahawanan
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed (kanan) menerima cenderahati daripada Pengurus Besar Koloni Karyawan Amanjaya (PORT), Nur Hanim Mohamed Khairuddin (tengah) pada sesi walkabout Pekan Pop Up @ KAMU 2025 di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 SEPTEMBER 2025.

Salbiah berkata, kerajaan negeri turut melaksanakan program Perak Entrepreneurship Scholars’ Advancement (Perkasa) melalui IPT bagi mengangkat usahawan muda serta meningkatkan mobiliti sosial masyarakat Perak.

“Kita bagi peluang untuk meningkatkan mobiliti sosial masyarakat di negeri ini dan salah satunya ialah peluang keusahawanan, sebab saya memegang portfolio untuk kita menoktahkan kemiskinan.

“Salah satunya adalah bagaimana kita hendak mengubah kehidupan, untuk meningkatkan ataupun menaikkan taraf mobiliti sosial mereka melalui ekonomi iaitu keusahawanan,” ujarnya.

Tambah beliau, usaha itu selaras dengan pelan Perak Sejahtera 2030 yang dibawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam menyediakan peluang pekerjaan dan pelaburan baharu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perkasa lahir usahawan kalangan pelajar IPT, pacu ekonomi Perak

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI