BN akan terus pertahankan kepentingan Kerajaan Perpaduan

IPOH – Barisan Nasional (BN) akan terus mempertahankan kepentingan bersama dalam meneruskan Kerajaan Perpaduan bagi mengemudi kepimpinan sama ada di peringkat negeri mahupun negara.

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, hakikat politik semasa yang kini berubah memerlukan BN untuk terus mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan gabungan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

BN akan terus pertahankan kepentingan Kerajaan Perpaduan Ahmad Zahid politik negeri negara
Suasana sekitar Konvensyen Barisan Nasional Negeri Perak 2024 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 NOVEMBER 2024.

“Dalam politik tiada rakan atau musuh yang kekal, sebaliknya yang kekal adalah kepentingan bersama.

“Tetapi dalam situasi seperti ini, ia bukan hanya kepentingan BN semata-mata sebaliknya kepentingan bersama dalam Kerajaan Perpaduan untuk terus ditegakkan di Perak dan seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen BN Negeri Perak di Hotel Casuarina @ Meru, dekat sini, pada Ahad.

BN akan terus pertahankan kepentingan Kerajaan Perpaduan Ahmad Zahid politik negeri negara
Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Konvensyen BN Negeri Perak 2024 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 NOVEMBER 2024.

Hadir sama, Pengerusi BN Perak merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Pengerusi Pemuda BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon serta Tan Sri M Ramasamy.

Ia turut dihadiri wakil-wakil daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi, Pengerusi PKR Negeri, Mohamad Hairul Amir Sabri serta Ahli Jawatankuasa DAP Nasional, Howard Lee Chuan How.

BN akan terus pertahankan kepentingan Kerajaan Perpaduan Ahmad Zahid politik negeri negara
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching (dua, kanan) dan Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi (tengah) ketika hadir pada Konvensyen Barisan Nasional Negeri Perak 2024 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 NOVEMBER 2024.

Tambah Ahmad Zahid, kerjasama erat yang dibentuk melalui persefahaman politik ketika ini diyakini mampu membantu BN menawan semua semua kerusi yang tewas pada pilihan raya lalu.

Pada masa sama beliau berkata, BN juga bersedia untuk membantu rakan-rakan dalam komponen Kerajaan Perpaduan dalam memenangi kerusi-kerusi yang ditandingi nanti.

“Soal pertindihan kerusi tidak akan berlaku. Bagi abang berunding, dengan abang PKR yang menjadi pemimpin kita. Jangan risau, kita sudah jadi adik-beradik,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

BN terus pimpin kestabilan Perak bersama Kerajaan Perpaduan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI