BN ingatkan Bersatu bukan mudah tawan Perak pada PRU 16

LENGGONG – Barisan Nasional  (BN) Perak tidak akan memberi laluan mudah kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berhasrat merampas negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Malah Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad, mengucapkan terima kasih kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan hasrat berkenaan lebih awal.

Menurut beliau, ia memberi laluan kepada BN Perak bertahan serta merancang untuk memastikan Perak tidak jatuh ke tangan Bersatu.

“Dia umum awal kita boleh tahan. Dia nak serang kita sudah tahu, jadi kita pun ada ‘machine gun’ (senjata) dan kelengkapan.

“Apa saya boleh katakan ‘it’s not easy’, sebut bolehlah,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas hadir ke Program Jelajah Sejahtera Desaku@Kota Tampan dan Kenduri Rakyat di Dataran Tasik Raban, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media Program Penutup Jelajah Sejahtera Desaku @DUN Kota Tampan di Dataran Tasik Raban, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 DISEMBER 2024.

Saarani turut mengingatkan Bersatu bahawa BN turut menyasarkan untuk menawan beberapa buah negeri namun tidak akan mengumumkan ia terlalu awal seperti parti pembangkang tersebut.

“Politik adalah mengenai kuasa dan semua orang hendak menang dan berkuasa serta cari jalan untuk memenanginya.

“Cuma silap depa (Bersatu) umum awal. Kita pun ada sasaran negeri mana tapi tak boleh cakap sebab cakap awal orang akan pertahan.

“BN juga ada hasrat menawan beberapa negeri dan kita tak boleh cerita lagi,” katanya.

November lalu, Malaysia Gazette melaporkan Bersatu tidak menolak kemungkinan akan merampas tiga negeri pada PRU ke-16 berdasarkan kepada sokongan yang semakin meningkat di Perak, Pahang dan Selangor. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

UMNO berpeluang menang di 7 kerusi Bersatu – Fadhli

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI