BN, PH Perak sepakat kerjasama hadapi PRU16 – Kor Ming

IPOH – Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, menyambut baik keputusan Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Perak yang sebulat suara bersetuju untuk menjalin kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Menurutnya, makluman tersebut diterima daripada Bendahari UMNO Perak, Datuk Sham Mat Sahat yang juga Penasihat kepada Menteri Besar Perak.

“Kerjasama antara BN dan PH amat bermakna kerana ia bakal memperkukuhkan kestabilan politik di Perak.

“Dengan gabungan ini, kita bukan sahaja mampu mentadbir dengan lebih baik, tetapi juga yakin untuk meraih kemenangan besar termasuk majoriti dua pertiga pada penggal akan datang,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Tahunan DAP Perak Ke-23 di Hotel Kinta Riverfront di sini pada Ahad.

Hadir sama, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau turut menegaskan bahawa seluruh jentera DAP perlu bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan kemenangan bukan sahaja kepada calon PH, tetapi juga kepada calon BN yang bertanding di bawah payung Kerajaan Perpaduan.

“Sebab itu seluruh jentera DAP wajib kita bertungkus lumus bekerja rapatkan saf kerja sebagai satu pasukan untuk pastikan bukan saja calon PH menang tetapi kita juga kena pastikan calon BN akan menang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nga menyeru seluruh rakyat Perak untuk menolak pengaruh ‘gelombang hijau’ daripada terus bertapak di negeri itu.

“Kita mesti pastikan gelombang hijau tidak lagi subur di Perak. Kita mahu gelombang rakyat yang membawa kemenangan besar kepada calon Kerajaan Perpaduan, khususnya di Parlimen Kerian, Perak Utara dan Alor Pongsu,” tegasnya.

Nga optimis bahawa perpaduan antara BN dan PH akan menjadi pemangkin kepada kemenangan besar di Perak pada PRU16 nanti. –  MG Perak

Artikel Berkaitan:

PH, BN elak pertembungan, guna formula kerusi penyandang kekal di Sabah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI