Bomba ambil masa 15 minit potong cincin tersekat di kemaluan

IPOH – Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan cincin yang tersekat di kemaluan seorang lelaki di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat khas dari pihak hospital sekitar jam 9.14 pagi tadi meminta bantuan bomba bagi mengeluarkan cincin dari alat sulit lelaki berusia 37 tahun itu.

Menurutnya, ketika pihaknya tiba di Unit Kecemasan HRPB didapati seorang lelaki dalam keadaan cincin melekat pada alat sulitnya.

“Anggota mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk memotong cincin tersebut menggunakan peralatan khas berikutan cincin tersebut agak tebal,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Beliau berkata, operasi tersebut tamat sepenuhnya jam 10.12 pagi tadi dan mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Myvi tebabas, tersangkut pada kabel elektrik dan terbakar

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI