Bomba berjaya pujuk lelaki cuba terjun jambatan lebuh raya

IPOH – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang dipercayai cuba terjun dari sebuah jambatan lebuh raya di Jalan Bercham, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.42 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dengan bantuan BBP Ipoh telah digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki berusia 24 tahun berada di atas jambatan lebuh raya dan dipercayai cuba terjun.

“Ketika itu, pihak polis telah berada di lokasi bagi mengawal keadaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, anggota kemudiannya menjalankan operasi menyelamat dengan memberi khidmat nasihat serta memujuk mangsa supaya membatalkan tindakannya.

“Hasil usaha tersebut, mangsa berjaya dipujuk dan diselamatkan serta pemeriksaan awal mendapati mangsa  mengalami kecederaan pada tangan.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut dan operasi tamat jam 11.10 pagi,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki cuba terjun di terminal jeti berjaya diselamatkan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI