Bomba Perak siap sedia di empat plaza tol

IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, menumpukan empat kawasan plaza tol di negeri ini sebagai langkah bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk kemalangan jalan raya pada musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, empat plaza tol itu melibatkan Plaza Tol Tapah, Plaza Tol Kuala Kangsar, Plaza Tol Kamunting dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).

Menurut beliau, JBPM Perak bersiap siaga dengan  menyediakan pasukan yang akan bertindak cepat di empat lokasi utama itu memandangkan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di negeri ini adalah antara jajaran yang panjang di Malaysia.

“Setakat ini, kita menyediakan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berhampiran plaza tol tersebut berserta jentera termasuk Unit Bermotor Bomba (RIM) untuk bersiap sedia di lokasi.

Bomba Perak siap sedia di empat plaza tol
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching (kanan) dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon (dua,kanan) melancarkan Pemeriksaan Menghapus Bahaya Kebakaran dan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 di Aeon Mall Klebang, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 5 FEBRUARI 2024.

“Jika, kita ada terima panggilan kecemasan, anggota yang standby akan bergerak ke lokasi dan tempoh masa untuk mereka beri respon akan lebih cepat.

“Justeru, kita berharap penempatan dan anggota tersebut dapat membantu kes kecemasan di lebuh raya pada musim perayaan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai Majlis Pelancaran Pemeriksaan Menghapus Bahaya Kebakaran dan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di Aeon Mall Klebang, di sini, pada Isnin.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan Exco Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ng Shy Ching.

Bomba Perak siap sedia di empat plaza tol
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon melakukan demonstrasi pancutan air pada majlis pelancaran Pemeriksaan Menghapus Bahaya Kebakaran dan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 di Aeon Mall Klebang, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 5 FEBRUARI 2024.

Dalam pada itu, Sayani berkata, selain lebuh raya, JBPM Perak turut bersiap sedia untuk menghadapi kecemasan di jalan negeri dan Persekutuan.

“Bagi dua jalan tersebut, balai yang berdekatan akan beri respon pantas di lokasi kejadian,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan sepanjang Ops Tahun Baharu Cina 2023, sebanyak 66 kes kebakaran direkodkan dan lapan daripadanya melibatkan bangunan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bina balai bomba khusus di AHTV

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI