Bina balai bomba khusus di AHTV

IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam perancangan untuk membina sebuah balai bomba di di Proton City, Tanjung Malim.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, langkah awal yang akan diambil adalah dengan menaik taraf balai sedia ada di kawasan berkenaan.

“Pada masa sama kita akan memohon supaya diwujudkan sebuah balai bomba baharu di AHTV (Pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif) di kawasan industri itu.

“Proton City adalah satu kawasan perindustrian yang besar dan memerlukan sebuah balai bomba khusus di kawasan pembangunan tersebut sebagaimana yang telah diwujudkan di kawasan Kulim Hi-Tech Park (Taman Teknologi Tinggi) di Kulim, Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 100 pegawai dan anggota bomba, 58 Sijil 30 Tahun Perkhidmatan dan Sijil Perkhidmatan Terpuji kepada 22 pegawai bomba bantuan (PBB) Tahun 2022 di Dewan Premier JBPM Perak di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Wahab berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan yang dalam pembinaan dijangka siap pada September tahun depan.

Menurutnya, terdapat beberapa perancangan untuk pembinaan balai baharu di Perak antaranya di  Bagan Datuk. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI