Bufet Ramadan Cita Rasa Antara Benua tawar 150 juadah

IPOH – Hotel Weil kembali dengan bufet Ramadan yang menawarkan lebih daripada 150 juadah berbuka puasa menggabungkan elemen masakan tempatan dan Timur Tengah, pada tahun ini.

Dengan tema ‘Cita Rasa Antara Benua’, bufet itu turut menampilkan 10 gerai masakan berkonsepkan secara langsung atau ‘live stalls’ yang menyajikan pelbagai hidangan istimewa di samping daya penarik kepada pengunjung.

Bufet Ramadan Hotel Weil 2024 Berbuka puasa hotel ipoh Bufet Ramadan Ipoh Hotel Weil Ramadan buffet Cita Rasa Antara Benua Hotel Weil Harga bufet Ramadan Hotel Weil Tempat berbuka puasa di Ipoh Menu bufet Ramadan Perak
Kakitangan Hotel WEIL membuat persiapan Bufet Ramadan Mega di Hotel WEIL, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 FEBRUARI 2025.

Orang ramai mengambil hidangan sup gear box pada Bufet Ramadan Mega di Hotel WEIL, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 FEBRUARI 2025.

Menurut Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Pemasaran Hotel Weil, Erwina Rahim, bufet Ramadan itu mula ditawarkan kepada pengunjung bermula dari 2 hingga 30 Mac, pada jam 7 hingga 10 malam, setiap hari.

“Kami membawa pengalaman berbuka puasa yang unik dengan gabungan harmoni masakan Malaysia dan Timur Tengah, disediakan oleh chef berpengalaman kami.

“Tidak perlu merantau jauh untuk menikmati sajian autentik dari dua benua kerana semuanya tersedia di sini,” katanya.

Kambing golek antara hidangan Bufet Ramadan Mega di Hotel WEIL, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 FEBRUARI 2025.
Bufet Ramadan Hotel Weil 2024 Berbuka puasa hotel ipoh Bufet Ramadan Ipoh Hotel Weil Ramadan buffet Cita Rasa Antara Benua Hotel Weil Harga bufet Ramadan Hotel Weil Tempat berbuka puasa di Ipoh Menu bufet Ramadan Perak
Pelbagai juadah dihidangkan pada Bufet Ramadan Mega di Hotel WEIL, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 FEBRUARI 2025.

Menurutnya, antara tarikan utama bufet Ramadan Cita Rasa Antara Benua  adalah menu kambing golek, kambing ouzi Arab, dan masakan Lubnan ‘samke harra’ atau ikan pedas.

Katanya lagi, di samping itu, pengunjung yang berbuka puasa di situ juga berpeluang menikmati pelbagai masakan tempatan antaranya, gulai kawah, rendang tok, ikan patin masak tempoyak, serta udang goreng mentega telur masin.

Sup kambing antara hidangan Bufet Ramadan Mega di Hotel WEIL, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 FEBRUARI 2025.
Bufet Ramadan Hotel Weil 2024 Berbuka puasa hotel ipoh Bufet Ramadan Ipoh Hotel Weil Ramadan buffet Cita Rasa Antara Benua Hotel Weil Harga bufet Ramadan Hotel Weil Tempat berbuka puasa di Ipoh Menu bufet Ramadan Perak
Kakitangan Hotel WEIL membuat persiapan Bufet Ramadan Mega di Hotel WEIL, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 FEBRUARI 2025.

“Hidangan tradisi lain termasuk bubur lambuk, sup gear box serta pelbagai juadah gorengan seperti cucur dan apam balik.

“Untuk minuman, disediakan stesen air balang, ais kadang, serta pelbagai pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai seperti kunafa, sagu gula melaka, dan bubur caca.

“Juga disediakan Kopi putih Ipoh sebagai menggamit nostalgia kepada warisan Bandar Ipoh di samping tarikan lain juadah berbuka puasa,” ujarnya lagi.

Bufet Ramadan Hotel Weil 2024 Berbuka puasa hotel ipoh Bufet Ramadan Ipoh Hotel Weil Ramadan buffet Cita Rasa Antara Benua Hotel Weil Harga bufet Ramadan Hotel Weil Tempat berbuka puasa di Ipoh Menu bufet Ramadan Perak
Kakitangan Hotel WEIL membuat persiapan Bufet Ramadan Mega di Hotel WEIL, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 FEBRUARI 2025.
Kakitangan Hotel WEIL membuat persiapan Bufet Ramadan Mega di Hotel WEIL, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 FEBRUARI 2025.

Bufet Ramadan Cita Rasa Antara Benua di Hotel Weil ditawarkan pada harga RM148 bagi dewasa, warga emas (RM138), kanak-kanak lima hingga 12 tahun (RM108), kanak-kanak bawah empat tahun (percuma).

Sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan boleh menghubungi di talian 05-208 2021 atau talian WhatsApp 012-502 9228. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

‘Cita Rasa Madani’ Hotel Weil tawar 150 juadah berbuka puasa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI