‘Cita Rasa Madani’ Hotel Weil tawar 150 juadah berbuka puasa

IPOH – Sudah pasti ia menjadi kepuasan kepada pengunjung apabila boleh mendapatkan lebih 150 juadah berbuka puasa di bawah satu bumbung.

Mengangkat tema ‘Cita Rasa Madani’, Restoran Tiffin Hotel Weil, di Ipoh, menyajikan menu berbuka puasa yang berasaskan kepada tiga kaum utama di negara ini iaitu masakan Melayu, Cina dan India.

Ketua Chef, Rram Kumar berkata, bufet Ramadan yang mengangkat tema kemajmukan dalam kalangan masyarakat itu menjanjikan pengalaman menarik berbuka puasa kepada pengunjungnya, sepanjang Ramadan ini.

Cita Rasa Madani 150 juadah berbuka puasa hotel weil ipoh buka puasa makanan menu juadah hidangan buka puasa ipoh perak
Bufet Ramadan Cita Rasa Madani menawarkan lebih 150 juadah berbuka puasa di Restoran Tiffin, Hotel Weil, Ipoh.
Cita Rasa Madani 150 juadah berbuka puasa hotel weil ipoh buka puasa makanan menu juadah hidangan buka puasa ipoh perak
Bufet Ramadan Cita Rasa Madani menawarkan lebih 150 juadah berbuka puasa di Restoran Tiffin, Hotel Weil, Ipoh.

“Menu yang disajikan setiap hari adalah berbeza-beza, yang mana ia bagi memastikan para pengunjung dapat merasai pelbagai jenis juadah berbuka puasa sepanjang bulan ini.

“Nasi beriani, murtabak, asam pedas nasi ambeng antara menu yang menjadi tumpuan bufet Ramadan kami,” katanya ketika ditemui di Restoran Tiffin, Hotel Weil, dekat sini, baru-baru ini.

Di samping itu, Rram memberitahu, selain makanan warisan atau tradisional tempatan, bufet Ramadan mereka turut menyajikan variasi makanan antarabangsa, seperti nasi mandy, serta udang susu mentega atau ‘prawn buttermilk’.

Bufet Ramadan Cita Rasa Madani menawarkan lebih 150 juadah berbuka puasa tradisional dan antarabangsa di Restoran Tiffin, Hotel Weil, Ipoh.
Kambing bakar antara 150 juadah Bufet Ramadan Cita Rasa Madani ditawarakan di Restoran Tiffin, Hotel Weil, Ipoh.

Tambah beliau, juadah lain yang turut menjadi tumpuan adalah, gulai kawah, sup tulang lutut atau ‘gearbox’, kambing bakar, dan daging rendang mamak.

“Selain daripada pelbagai jenis pencuci mulut yang terdiri daripada pelbagai manisan dan kuih muih, antara keunikan Bufet Ramadan Cita Rasa Madani adalah kami turut menyediakan lapan gerai di luar.

“Pengunjung boleh menikmati menu-menu lain yang ditempatkan di gerai-gerai berkenaan antaranya, pelbagai jenis minuman, kuetiau goreng, mi goreng, nasi kerabu, dan ais batu campur yang sudah pasti akan rambang mata,” katanya lagi.

Bufet Ramadan Cita Rasa Madani menawarkan lebih 150 juadah berbuka puasa di Restoran Tiffin, Hotel Weil, Ipoh.
Ruang gerai Bufet Ramadan Cita Rasa Madani yang ditempatkan bersebelahan dengan Restoran Tiffin, Hotel Weil, Ipoh.

Ujar Rram, dengan suasana yang selesa dan mendamaikan, pengunjung di Restoran Tiffin pastinya akan berpuas hati apabila dapat berbuka puasa dengan semua sajian yang dihidangkan.

Bufet Ramadan Cita Rasa Madani berlangsung bermula 14 Mac hingga 12 April menawarkan harga RM148 bagi dewasa, RM138 (warga emas) serta RM108 bagi kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun, sementara percuma bagi kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah.

Ruangan tempat makan Bufet Ramadan Cita Rasa Madani di Restoran Tiffin, Hotel Weil, Ipoh.
Cita Rasa Madani 150 juadah berbuka puasa hotel weil ipoh buka puasa makanan menu juadah hidangan buka puasa ipoh perak ramadan bufet ramadan
Bufet Ramadan Cita Rasa Madani menawarkan lebih 150 juadah berbuka puasa di Restoran Tiffin, Hotel Weil, Ipoh.

Selain itu, turut disediakan ruang solat yang terbuka kepada pengunjung di tingkat dua Hotel Weil. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bufet Ramadan: Hotel Casuarina@Meru tawar 100 jenis makanan tema Nusantara Klasik

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI