Bufet Ramadan: Hotel Casuarina@Meru tawar 100 jenis makanan tema Nusantara Klasik

Kedatangan Ramadan tidak lengkap rasanya tanpa merasai suasana berbuka secara bufet bersama keluarga mahupun rakan-rakan di restoran atau hotel disamping mengeratkan hubungan silaturahim.

Malah pemilihan juadah berbuka puasa juga amat penting bagi memastikan bufet yang dipilih berbaloi serta memenuhi citarasa setiap individu.

Menyedari situasi berkenaan, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, tampil dengan bufet bertemakan Nusantara Klasik bagi Ramadan kali ini dengan menyajikan lebih 100 jenis makanan khusus buat pengunjung.

Pembantu Sous Chef, Norhafizan Abdul Aziz berkata, bufet Ramadan Nusantara Klasik menggabungkan hidangan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia dalam memenuhi citarasa pengunjung.

Menurut beliau, dengan harga RM88 bagi dewasa dan RM58 bagi kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun, para pengunjung dapat menikmati pelbagai jenis hidangan masakan Melayu, Cina, India dari Malaysia, Indonesia serta barat.

Pembantu Sous Chef Norhafizan Abdul Aziz di Hotel Casuarina@Meru Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAC 2024.
Orang ramai beratur mengambil hidangan bufet Ramadan di Hotel Casuarina@Meru Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAC 2024.

“Jika tahun lalu tema kami Ihya Ramadan, tahun ini kami membawa kelainan di Hotel Casuarina@Meru dengan menyajikan lebih kurang 100 jenis hidangan bertemakan Nusantara Klasik.

“Tema Nusantara Klasik ini dipilih bersempena gabungan makanan-makanan Malaysia dan Indonesia yang pelbagai antaranya rojak, nasi ayam, cucur udang, shawarma, sate dan pelbagai lagi,” katanya kepada MG Perak.

Kibas panggang perapan istimewa pilihan pengunjung

Ditanya mengenai menu utama yang ditonjolkan Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, bagi bufet Ramadan kali ini, Norhafizan berkata, semestinya kibas panggang yang menjadi pilihan pengunjung selama ini.

Menurut beliau kibas panggang berkenaan menggunakan perapan istimewa yang dihidangkan bersama sos ‘mint yoghurt’ dan BBQ di Carving station.

Kambing panggang antara tarikan utama hidangan bufet Ramadan menanti orang ramai yang mahu berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ini di Hotel Casuarina@Meru Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAC 2024.
Kibas panggang antara tarikan utama hidangan bufet Ramadan menanti orang ramai yang mahu berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ini di Hotel Casuarina@Meru Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAC 2024.

“Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, hidangan yang kita ‘highlight’ adalah kibas panggang yang cukup popular dalam kalangan mereka yang berbuka puasa di hotel kami.

“Kebiasaannya seekor kibas panggang boleh dihidangkan kepada 100 pengunjung dan sekurang-kurangnya tujuh ekor kibas panggang disediakan buat pengunjung setiap hari,” katanya.

Norhafizan juga turut menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 pengunjung akan hadir menikmati bufet Ramadan di Hotel Casuarina@Meru setiap hari selepas seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa.

“Jangkaan saya untuk tahun ini saya harap kami mampu menarik lebih 1,000 orang pengunjung berbuka di Hotel Casuarina@Meru setiap hari bermula seminggu selepas puasa hingga hujung Ramadan,” katanya.

Empat set menu ditukar bergilir-gilir sepanjang Ramadan

Sama seperti tahun sebelum ini, Hotel Casuarina@Meru menyediakan empat jenis set menu dan akan ditukar bergilir-gilir sepanjang bulan Ramadan ini.

Kategori makanan terbahagi kepada stesen pembuka selera, ‘stesen action’ antaranya sate, kambing bakar, mi kari, mi sup, bubur lambuk, goreng-goreng (cucur, keropok lekor, keropok losong), pencuci mulut, pasembur, roti canai dan murtabak.

Orang ramai beratur mengambil hidangan bufet Ramadan di Hotel Casuarina@Meru Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAC 2024.
Hidangan bufet Ramadan menanti orang ramai yang mahu berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ini di Hotel Casuarina@Meru Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAC 2024.

Ikan bakar juga turut disajikan dengan pelbagai jenis ikan iaitu ikan pari, ikan tilapia, ikan selar dan sebagainya bersama air asam dan sambal kicap.

Selain juadah Timur Tengah seperti nasi mandy, terdapat juga juadah tempatan seperti nasi putih , nasi minyak, ikan patin masak tempoyak, rendang tok dan aneka ulam-ulaman.

Hotel Casuarina@Meru turut menyajikan masakan Cina seperti ‘chicken dried chilli’, ‘stir-fried squid thai style’, ‘deep fried tiger prawn’ dan nasi ayam.

Peminat gulai kawah pula pasti teruja kerana terdapat juga menu gulai kawah kambing bersama daging salai dan sup tulang.

Tidak dilupakan stesen pencuci mulut yang menyajikan buah-buahan segar, aneka kuih tempatan dan kek serta kurma sebagai pemanis mulut.

Hidangan air panas terdiri dari kopi, teh o dan teh tarik manakala minuman sejuk seperti air bandung, cincau, asam boi dan sebagainya dihidangkan dalam balang bagi memberi suasana seperti di bazar Ramadan dan semestinya menarik perhatian pengunjung. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tahun Melawat Perak: Hotel Casuarina@Meru perkenal Set Talam makanan tradisi

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI