Bukan mudah ambil UMNO ketika tidak bergelar kerajaan – Ahmad Zahid

KUALA KANGSAR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui bukan mudah mengambil alih parti berkenaan apabila tidak lagi menjadi kerajaan serta parti dominan dalam negara.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pelbagai kritikan dilemparkan terhadapnya termasuk dari luar mahupun dalam parti itu sendiri yang menyalahkan kekalahan UMNO dalam beberapa pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO diuji Allah pada PRU ke-14 di mana tidak mempunyai jumlah kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan dan ketika itulah beliau mengambil alih UMNO dalam keadaan ia tidak menjadi kerajaan.

“Jawatan hakiki saya dalam UMNO Ketika itu adalah seorang Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden dan bila Datuk Seri Najib Razak letak jawatan saya jalankan tugas hakiki Timbalan, Naib dan Presiden.

“Mudah jadi Presiden UMNO ketika menjadi kerajaan dominan tetapi susah menjadi presiden ketika UMNO bukan lagi menjadi kerajaan,” katanya ketike berucap pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar 2024, di Dewan Jubli Perak, di sini, pada Isnin.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Azian Osman dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meminta ahli UMNO meletakkan diri mereka ditempat beliau ketika mengambil alih parti tersebut selepas kekalahan dalam PRU ke-14.

“Cuba letakkan diri anda dalam keadaan saya di mana wang dibekukan, dicampak ke mahkamah dengan 87 pertuduhan dan ketika itu beberapa orang yang ke mahkamah ketika saya ke mahkamah?,” soal beliau.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan mengenai pembahagian kerusi bersama Pakatan Harapan (PH) pada PRU16 akan dibawa ke mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional bagi mengelak sebarang pertindihan.

Katanya, menjadi amalan parti-parti politik akan membuat persiapan lebih awal termasuk menentukan kerusi yang bakal ditandingi nanti supaya tidak berlaku pertembungan di antara parti-parti Kerajaan Perpaduan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar akan ditandingi UMNO jika PRK

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI