Bukan tampar tapi sentuh pipi tanda ‘kemesraan’ – Azhar

IPOH – Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Azhar Ahmad menafikan dakwaan beliau menampar pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang juga cucu kepada Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Azhar berkata, pihaknya amat kesal di mana kejadian yang berlaku 20 Mei lalu dalam sebuah program di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) Janda Baik itu, tidak memaparkan keseluruhan konteks kejadian.

“Dakwaan tersebut adalah tidak benar. Kejadian sebenar adalah semasa saya berjalan ke Dewan Makan selepas selesai menyampaikan syarahan, saya telah diperkenalkan kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kelantan dan dimaklumkan bahawa beliau merupakan anak saudara kepada sahabat saya.

“Dalam suasana yang mesra, saya telah bersalaman dan menyentuh pipi beliau sebagai tanda kemesraan memandangkan hubungan saya dengan keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau tiada sebarang tamparan, serangan fizikal atau perbuatan kasar berlaku seperti yang didakwa.

“Kejadian tersebut berlaku secara terbuka di hadapan beberapa pihak yang hadir, termasuk pihak pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UITM, serta pegawai-pegawai dan peserta program yang berada di lokasi ketika itu.

“Saya kesal apabila rakaman video yang tidak memaparkan keseluruhan konteks kejadian telah menimbulkan persepsi yang tidak tepat serta mencemarkan reputasi saya,” katanya.

Azhar turut menyeru semua pihak agar meneliti fakta sebenar dan tidak menyebarkan dakwaan yang tidak berasas.

“Saya juga menyimpan segala hak saya di sisi undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menerbitkan atau menyebarkan kenyataan palsu yang menjejaskan reputasi saya,” katanya.

Terdahulu, Yang Dipertua MPP UiTM, Nik Alif Aiman mendakwa ditampar oleh seorang pemimpin UMNO yang juga bekas Ahli Dewan Negara serta Ketua UMNO Bahagian selepas menghadiri program ceramah berkenaan.

Nik Alif yang juga cucunda kepada Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kejadian itu berlaku sejurus selesai sesi bergambar selepas program tersebut ketika beliau bertegur sapa dengan pemimpin terbabit.

Susulan kejadian itu, Nik Alif dilaporkan telah membuat laporan polis kerana berasa terhina dan mendakwa maruahnya tercalar memandangkan insiden berkenaan berlaku di hadapan ramai hadirin dalam sebuah majlis rasmi universiti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI