Bukit Berekeh terus dibangunkan jadi lokasi pelancongan

SUNGAI SIPUT – Bukit Berekeh yang memang cukup terkenal dalam kalangan penduduk tempatan akan terus dibangunkan menjadi salah satu produk pelancongan bagi menarik pengunjung dari dalam dan luar negara untuk datang ke sini.

Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan berkata, setiap hujung minggu lokasi tersebut akan menjadi tumpuan pengunjung domestik untuk mendaki bukit setinggi 454 meter dari aras laut itu.

Menurutnya, program Ekspedisi Mendaki Bukit Berekeh Bawong Sungai Siput yang disertai beliau bersama Jabatan Kerajaan Tempatan serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) pada hari ini memberi peluang kepada 140 pendaki termasuk warga emas berusia 60 tahun ke atas merasai sendiri pengalaman dan cabaran mendaki bukit sehingga ke puncak.

“Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk mempromosi Bukit Berekeh di peringkat Malaysia supaya orang di luar dapat melihat bahawa di Parlimen Sungai Siput terdapat satu destinasi pelancongan menarik yang boleh dikunjungi.

“Jika orang luar datang ke sini, ia sedikit sebanyak dapat membantu menjana ekonomi masyarakat setempat kerana mereka akan singgah bermalam, makan dan minum bersama keluarga atau rakan-rakan.

“Sehubungan itu, saya ingin jadikan program ekspedisi ini sebagai satu dorongan kepada pengunjung lain untuk bersama-sama merasai pengalaman menaiki bukit tersebut bukan sahaja di peringkat negeri malah ke seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada MG Perak selepas selesai program Ekspedisi Mendaki Bukit Berekeh Bawong Sungai Siput bersama Ahli Parlimen Sungai Siput dan Jabatan Kerajaan Tempatan di di Pusat Hentian Setempat Perkampungan Orang Asli (OASC) Bawong, di sini, pada Sabtu.

Kesavan berkata, sepanjang ekspedisi yang bermula jam 3.30 pagi dan berakhir kira-kira enam jam kemudian itu, beliau sempat berbual dengan pendaki dari seluruh negara berhubung cabaran mereka sepanjang mendaki bukit tersebut.

“Saya sempat berbual ada pengunjung dari Johor, Kedah, Perlis, pelajar universiti dan IPT yang datang secara rombongan untuk mendaki bukit itu.

“Mereka cukup terharu kerana pendakian itu memberi ruang kepada mereka untuk mengenali sebuah bukit serta memberi pengalaman baharu kerana perkara yang perlu ada ketika mendaki adalah keyakinan dan keberanian,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Figtopia, ‘Syurga Buah Tin’ produk agro pelancongan baharu di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI