Bunuh pengawal keselamatan di Gunung Lang: Polis tahan lelaki, bantu siasatan

IPOH – Polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun di Kampung Manjoi, dekat sini, bagi membantu siasatan terhadap kes bunuh seorang pengawal keselamatan di tapak perkemahan di Gunung Lang, dekat sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap lelaki yang ditahan pada jam 1.45 tengah hari itu, didapati positif dadah methamphetamine.

“Semakan awal mendapati suspek ini mempunyai 10 rekod jenayah dan narkotik pelbagai kesalahan serta pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan.

“Lelaki yang juga penganggur itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada 4 Januari (Khamis) bagi permohonan tahanan reman,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Yahaya berkata, ketika kejadian, hanya mangsa dan suspek yang didapati berada di tempat kejadian.

Kata beliau, sebelum itu pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkenaan penemuan seorang lelaki yang terbaring dan cedera di tepi pagar tapak perkemahan di Gunung Lang, pada jam 2.30 pagi tadi.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa merupakan seorang lelaki berumur 41 tahun yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pusat tapak perkhemahan tersebut.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

“Hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian mangsa adalah ‘penyakit jantung dengan kecederaan-kecederaan akibat objek tumpul dan tajam’,” jelas beliau.

Justeru Yahaya berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut terhadap kes yang diklasifikasikan sebagai bunuh itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bunuh lelaki tempatan, warga asing ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI