Bunuh lelaki tempatan, warga asing ditahan polis

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki warga tempatan di sebuah hotel di Genting Highlands semalam.

Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek berumur 45 tahun itu ditahan di kawasan berdekatan hotel di Genting Highlands pada hari yang sama.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang untuk proses bedah siasat dan siasatan awal mendapati terdapat kesan pergelutan pada tubuh mangsa.

“Mangsa berumur 51 tahun merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai 23 rekod kes jenayah lampau termasuk dadah. Keputusan bedah siasat dijangka diperoleh lewat petang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaiham berkata suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI