Kanak-kanak lelaki dua tahun hilang selepas dipercayai terjatuh Sungai Jahang

GOPENG –  Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika beriadah bersama keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.06 tengah hari.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dengan kerjasama pihak polis serta penduduk kampung.

“Operasi turut mendapat bantuan sebuah syarikat pelancongan berhampiran yang menyediakan lapan unit bot rafting bagi membantu usaha pencarian.

“Sehingga jam 3.45 petang, pasukan pencarian awal sudah melakukan pencarian sejauh empat kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Pada petang ini, radius pencarian akan diperluaskan dan Pos Kawalan Bomba (PKB) juga sudah dibuka di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota dari BBP Kampar turut membantu operasi dengan melakukan pemantauan di kawasan hilir sungai berhampiran Kampar dan operasi SAR mangsa masih diteruskan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kru warga Thailand hilang di perairan Pantai Remis ditemukan selamat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI