Kru warga Thailand hilang di perairan Pantai Remis ditemukan selamat

LUMUT – Seorang kru warga Thailand yang dilaporkan hilang tiga hari lalu selepas dipercayai terjatuh ke laut ketika sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) keluar dari Jeti Nelayan Pantai Remis, dekat sini, ditemukan selamat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Perak menerima aduan berhubung kehilangan kru terbabit pada jam 10.50 malam, Khamis lalu.

Menurutnya, susulan laporan itu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi selaku pusat penyelaras mengatur gerak Kapal Maritim (KM) Nusa, Bot Perkasa 1238 dan Bot Benteng 1203 ke lokasi terakhir mangsa dilaporkan berada bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT).

“Operasi pencarian dilaksanakan di sekitar perairan Pulau Talang dengan turut mendapat bantuan vesel yang berada berhampiran sektor pencarian.

“Keadaan cuaca semasa turut diambil kira sepanjang operasi, dengan angin dari arah barat laut berkelajuan antara 10 hingga 20 kilometer (km) sejam, ketinggian ombak sekitar 0.5 hingga 1.0 meter (m) serta ribut petir di beberapa lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sunthorn, 51, berjaya ditemukan pada jam 11.35 pagi ini dalam keadaan selamat.

“Mangsa dipercayai berenang ke daratan sebelum mendapatkan bantuan daripada orang awam sebelum diserahkan kepada pemilik vesel untuk tindakan selanjutnya dan operasi CARILAMAT ditamatkan selepas mangsa disahkan selamat,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Maritim Perak tahan vesel nelayan langgar syarat sah lesen

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI