Foto - Page 17

Enggang Liar Di Pangkor Jinak Dengar Siulan Pak Din

LUMUT – Dengar sahaja siulan Nordin Bakar, 68, atau dikenali sebagai Pak Din membuatkan lebih 30 ekor enggang liar yang berada di Pulau Pangkor...

Rezeki MR Kavadi #Thaipusam

Pembuat Kavadi melakukan kerja-kerja menyiapkan kavadi yang di tempah pelanggannya sejak Jun tahun lalu menjelang sambutan Thaipusam di bengkelnya di Taman Rishah, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 JANUARI 2024.

Perhilitan Berjaya Jinakkan Gajah Liar ‘Aga Legap’

Seekor gajah jantan liar dikenali 'Aga Legap' (tengah) dijinakkan dua ekor gajah denak betina bernama Abot dan Rambai yang digunakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak selepas gajah liar itu menceroboh kawasan penempatan Orang Asli di RPS Legap, Sungai Siput sejak Disember lalu, dalam satu operasi pemindahan haiwan itu. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 JANUARI 2024.

Karnival Siswa Perak Sejahtera 2030

Pelajar menyertai perlawanan futsal Karnival Sukan bersempena Karnival Siswa Perak Sejahtera 2030 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 6 JANUARI 2024.

Zahid Hamidi Tinjau Tanah Runtuh di Cameron Highlands

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) melihat tapak kejadian tanah runtuh di Kampung Orang Asli, Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 JANUARI 2024.

Program Tanya Cikgu Saarani

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mencanting batik ketika melawat pameran pada Program Tanya Cikgu Saarani Siri Kedua di Laman Seri Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 4 JANUARI 2024.

Pengusaha Kedai Aksesori Telefon Bimbit Maut Ditikam

Pasukan Polis dari Unit Forensik memeriksa sebilah pisau sekitar kawasan wanita warga tempatan yang ditemukan mati dipercayai ditikam pekerjanya sendiri di sebuah kedai aksesori telefon bimbit di Taman Rasi Jaya, Mengelembu, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 JANUARI 2024.

Bulatan Sultan Azlan Shah Meriah Dengan Selawat

Suasana sekitar Program Bulatan Sultan Azlan Shah Berselawat Bersama Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Peringkat Negeri Perak 2024 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 JANUARI 2024.

Pelancong Tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah #VisitPerak2024

Pelancong dari Singapura ke Ipoh yang menaiki penerbangan Flyscoot selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah bersempena Tahun Melawat Perak 2024 di Ipoh, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 JANUARI 2024.

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Amang Seksual Anak Bongsu

Suspek lelaki yang merupakan pemandu lori berusia 53 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya antara tahun 2021 hingga 2022 di Mahkamah Ipoh, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 JANUARI 2024.

Artikel Terkini

Langgan

Langgan untuk dapatkan info terkini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak