Foto - Page 4

Majlis Penutup Eksesais KERIS STRIKE

Anggota tentera darat Malaysia menyertai serangan akhir pada Majlis Penutup Eksesais KERIS STRIKE 2025 di FELDA Lawin Selatan, di Lenggong. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JULAI 2025.

Istiadat Pertabalan Datuk Panglima Kinta, Datuk Ab Wahab

Datuk Panglima Kinta, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan ketika Panca Persada pada Upacara Tabal Mandi Balai yang merupakan sebahagian daripada Istiadat Pertabalan Datuk Panglima Kinta di perkarangan kediaman rasmi Orang Besar Jajahan Kinta, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 JULAI 2025.

Eksesais LEMBING SAKTI 2025

Pasukan Briged Artileri Roket Tentera Darat Malaysia melaksanakan latihan tembakan Sistem Roket Lancar Berganda ASTROS pada Eksesais LEMBING SAKTI 2025 di Lapang Sasar Tanjung Hantu, Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 JULAI 2025

MB Rasmi Bazar Buku Perak 2025

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan Bazar Buku Perak 2025 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak di AEON BiG Falim, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 JULAI 2025

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Perakku

Kawasan Perumahan Taman Perakku Batu 14, Lekir. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 JULAI 2025.

Rakyat Dengar Pengumuman Penghargaan PM

Peniaga kedai runcit, Arokiamary, 70 menonton secara langsung di media sosial Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 JULAI 2025

Kedai Kopi Yee Kong

Pekerja perniagaan kopi tempatan Yee Kong Coffee & Food Manufacturing Sdn Bhd kekal, Tan Pit Tiew, 56, menunjukkan biji kopi tempatan yang menjadi pilihan utama pelanggan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JULAI 2025

Raja Buah Durian Petron

Pemilik gerai Durian Petron Ipoh, Aidilah Mohamed Sudin, 43, menunjukkan durian Udang Merah dan durian kampung kahwin di gerainya di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 JULAI 2025.

Muzium Perak Simpan Sejarah Negara

Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat pemeran Naga Imej dan Budaya Meterial ketika berkunjung di Muzium Perak, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 JULAI 2025.

Zahid Hamidi Rasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melaungkan 'hidup UMNO' pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JULAI 2025.

Artikel Terkini

Langgan

Langgan untuk dapatkan info terkini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak