Sukan mempunyai kuasa untuk menyatukan insan melangkaui sempadan etnik, bahasa dan budaya serta mampu membentuk satu keluarga besar yang saling memberi semangat, memperkukuh persefahaman, di samping menjadi asas kepada masyarakat harmoni dan berdaya saing.
Kerajaan Negeri Perak akan mempertimbangkan untuk memasukkan perkembangan semasa dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai intipati khutbah Jumaat dalam masa terdekat.
Badan Khidmat Islam Perak (BAKIP) kini memiliki sebuah bas baharu bernilai RM325,000 untuk kegunaan pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran dan Akademik Bakip (MATAQAB) hasil sumbangan Kerajaan Negeri Perak dan beberapa penyumbang lain.
Siasatan kes bunuh seorang lelaki berusia 57 tahun yang ditemukan dengan kesan tikaman di sebuah rumah di Taman Tasek Damai di sini pada 24 Jun lalu telah diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
Seramai 658 individu telah menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Kampung atau Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Perak manakala baki 170 lagi dijangka dilantik dalam masa terdekat.
Polis sentiasa menjalankan pemantauan di setiap kawasan operasi kuari di negeri ini secara ketat bagi memastikan aktiviti letupan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta jadual kelulusan yang ditetapkan.
Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti status sebenar sebutir bom mortar 81mm yang ditemukan di Kilometer 265 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Terowong Menora, pada Isnin lalu.