Sepasang suami isteri terlepas hukuman gantung apabila dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Ipoh, pada Rabu atas tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah dengan anggaran berat 1.51 kilogram, empat tahun lalu.
Perak belum membuat sebarang keputusan untuk menaikkan kadar tarif air meskipun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) akan menguatkuasakan pelarasan itu pada 1 Februari ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merekodkan rampasan terbesar minyak diesel termasuk kenderaan dan peralatan lain berjumlah RM5,584,687.46 iaitu 90 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai rampasan kes iaitu RM6,216,457.37 pada tahun 2023.
Laporan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar dekat sini pada 10 Januari lalu dijangka akan diperolehi dalam minggu ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerusi Bahagian Penyiasatan Kebakaran telah mengeluarkan sebanyak 76 kompaun yang dilaksanakan di peringkat balai, zon dan ibu pejabat sepanjang 2023.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Pengerusi bagi Pakatan Harapan (PH) dan BN itu masing-masing dijangka berucap pada sesi penggulungan bagi menyempurnakan penutup konvensyen.
Kerajaan Perak bersedia untuk melaksanakan Rang Undang-undang RUU khas bagi membolehkan sesebuah kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) meneruskan atau mengekalkan pentadbiran hingga akhir penggal.
Pasangan suami isteri yang ditahan reman 10 hari sejak 6 Januari lalu berhubung kes penyelewengan kutipan wang zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebanyak RM9.62 juta dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM50,000 setiap seorang.