Akibat perselisihan faham, seorang pengusaha kedai aksesori telefon bimbit maut ditikam pekerjanya dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Taman Rasi Jaya, Menglembu, di sini, pada Khamis.
Tuntutan kira-kira 100 peneroka tanah bekas lombong bijih timah di Kampung Tersusun Air Kuning, Kampung Gajah, untuk dibayar pampasan RM100,000 bagi setiap ekar tanah dianggap tidak adil kepada Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) Perak.
Kerajaan Negeri Perak menggesa majikan supaya membuat permohonan pengakuan penginapan di bawah Seksyen 24 Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) secara bagi mengelakkan tindakan tegas dikenakan ke atas mereka.
Keputusan berkenaan perjanjian isu berkaitan bekalan air antara Pulau Pinang dan Perak menerusi Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) tidak dapat dimuktamadkan pada tahun ini.
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya yang di bawah umur, di sekitar Ipoh, antara tahun 2021 hingga 2022.
Keputusan sama ada untuk mengoperasikan semula laluan penerbangan Ipoh ke Langkawi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang masih digantung, atau sebaliknya, terletak kepada keputusan syarikat penerbangan.
Saudin Mohamad tidak menyangka insiden kebakaran pondok di kebun Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda, dekat sini pada Isnin mengorbankan ibu, Rahmah Zainon, 76, dan adiknya Razilawati Mohamad, 43.
Kira-kira 400 peminat motosikal menyertai Perak Bike Week 2023 yang diadakan bersempena Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 di Silveritage Village Outlet, di sini, pada Sabtu.