Kerajaan memaklumkan bahawa pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih belum sesuai dilakukan pada masa ini memandangkan ekonomi rakyat masih belum pulih.
Kerajaan akan memantau dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan konflik antara Iran dan Israel ketika ini agar tidak memberi kesan besar kepada rantaian bekalan makanan di Malaysia.
Seorang pemandu bas persiaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Gerik pada Jumaat atas pertuduhan menyebabkan kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kilometer (km) 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli di sini, Isnin lalu.
Kerajaan Perak akan menyediakan dua kertas kerja berhubung cadangan untuk menambah baik laluan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli termasuk mempertimbangkan menaik taraf Hospital Gerik kepada kerajaan Persekutuan.
Polis telah merekodkan keterangan 18 individu bagi membantu siasatan nahas di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik di sini yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Isnin lalu.
Polis merampas sebanyak 123.1 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM4.7 juta di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran loji kawasan perumahan di Taman Pulai Savana, Gerik pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, rampasan itu dilak