Sebentar tadi, calon Barisan Nasional (BN), Ustaz Yusri bersama jentera meraikan kegembiraan selepas keputusan tidak rasmi PRK DUN Ayer Kuning menunjukkan BN mendahului dengan majoriti selesa.
Walaupun masa berbaki 10 minit sebelum pusat mengundi ditutup, Noor Shaziah Mohamad tetap tidak gagal untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, pada Sabtu.
Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Toh Tandewa Sakti di sini adalah yang pertama ditutup bagi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, meluangkan masa meninjau perjalanan proses pengundian di Sekolah Menengah Agama Daerah (SMAD) Batang Padang, petang ini. Lawatan ini bertujuan memastikan proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning berjalan lancar, aman dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin sekurang-kurangnya 70 peratus individu akan keluar menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, pada Sabtu.
Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir turut melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, hari ini.
Calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Abd Muhaimin Malek tiba di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Kuning bersama isterinya, Rabiah Abd Aziz kira-kira jam 8.20 pagi tadi.
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) menzahirkan rasa teruja menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pagi ini.
Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Yusri ketika membuang undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong, Tapah. - MGPerak
Orang ramai mula menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong, Tapah.