Derma darah lebih 300 kali untuk selamatkan nyawa

IPOH – Niat untuk membantu menyelamatkan nyawa mendorong seorang kakitangan hotel menderma darah lebih 300 kali termasuk sebagai penderma darah plasma atau aferesis tegar.

Nazran Mohd Nawawi, 47, berkata, beliau mula menderma darah sejak berusia 18 tahun sehingga kini dengan niat membantu masyarakat yang memerlukan darah disamping menjaga kesihatan diri.

Penderma darah, Nazran Mohd Nawawi, 47, menerima sijil penghargaan Penderma Darah Jenis Jarang Jumpa pada Majlis Apresiasi Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 JUN 2024.

“Pertama kali masa menderma darah tidak rasa apa-apa tetapi selepas beberapa minggu nampak ada beza, badan jadi lebih segar dan bertenaga.

“Derma darah baik untuk kesihatan sebenarnya kerana seperti kita lelaki, hendak cuci darah mana ada, jadinya dengan derma darahlah darah yang itu dia akan keluar dan akan membentuk sel-sel darah yang baru,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Apresiasi Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Sabtu.

Nazran, seorang yang memiliki darah jenis O, turut kongsi pengalamannya menderma darah ketika negara dilanda pandemik covid-19 beberapa tahun lalu.

“Pada masa covid-19, lebih 10 kali saya menderma darah, saya dihubungi oleh pihak Pusat Darah Negara (PDN) dan mereka meminta saya datang dengan segera kerana kekurangan platlet.

“Perasaan saya, sebagai seorang muslim, saya pergi (menderma darah) berasaskan tanggungjawab,”ujarnya.

Dalam majlis itu, Nazran anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang dan kini menetap di Puncak Alam, Selangor dipilih sebagai penerima Anugerah Penderma Darah Jenis Darah Jarang Jumpa.

Beliau berkata, anugerah tersebut buat pertama kali kerana darahnya dikategorikan jarang jumpa kerana platelet yang terkandung dalam darahnya berbeza dan sangat diperlukan bagi penghidap penyakit tertentu.

Sementara itu, Nurdin Isa, 43, yang menerima Anugerah Penderma Aferesis Terbanyak berkata, beliau tertarik dengan keistimewaan sebagai penderma membuatnya berminat untuk meneruskan pendermaan darah.

Penderma darah, Nurdin Isa, 43, menerima sijil penghargaan Penderma Aferesis Terbanyak pada Majlis Apresiasi Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 JUN 2024.

“Selepas cukup umur 18 tahu, saya terus derma darah dan berazam untuk menderma darah sehingga kini.

“Saya harap golongan muda sahutlah cabaran mendaptkan anugerahbaru iaitu anugerah muda, sama-sama kita menjadi penderma darah,” ujarnya.

Tema sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Tahun ini adalah “Meraikan Sambutan Ke-20 Hari Penderma Darah Sedunia : Terima Kasih, penderma darah!”.

Seramai 79 orang penderma darah dan 22 penganjur kempen derma darah disenaraikan sebagai penerima anugerah. – MG Perak.

Artikel Berkaitan:

KKM rancang digitalkan buku derma darah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI