Dikejar anjing, kanak-kanak lelaki nyaris maut digilis kereta

LUMUT – Seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut digilis sebuah kereta selepas cuba melarikan diri daripada dikejar anjing dalam kejadian di Jalan Haji Mohamad Ali dekat Sitiawan pada Sabtu.

Rakaman video berdurasi 20 saat yang tular di sosial media itu memaparkan dua kanak-kanak lelaki melarikan diri dipercayai dikejar seekor anjing liar.

Kejadian yang berlaku pada jam 8.54 pagi itu dirakam pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan di mana kanak-kanak berkenaan berlari menyeberangi jalan berkenaan.

Malangnya kanak-kanak lelaki terbabit terlanggar bahagian kiri sebuah kereta yang sedang melalui jalan tersebut sebelum terjatuh dan hampir digilis sebuah kereta jenis Proton Wira.

Bagaimanapun, Proton Wira berkenaan yang berada di lorong kanan sempat mengelak hingga menaiki atas pembahagi jalan.

Kanak-kanak itu selamat dan dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamad Nordin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

“Satu laporan dibuat setelah video berkenaan tular di media sosial dan aduan tersebut disalurkan kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk diambil tindakan.

“Difahamkan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit telah menyita tiga ekor anjing di lokasi kejadian,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan: 

MBI tangkap 1,300 anjing liar sehingga November tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI