Dua beradik warga emas maut dalam kemalangan babitkan Myvi, van

KUALA KANGSAR – Dua wanita warga emas maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah van di Jalan Lama Hala Kati, Kampung Lubok Chapin, di sini, petang Jumaat.

Mangsa, Ang Sau Mooy, 69, dan adiknya, Ang Siew Luan, 67, yang menaiki kereta Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.38 petang.

Katanya, sejurus selepas itu 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan dua kenderaan dan empat mangsa, dengan dua daripadanya yang berada dalam kereta Myvi maut di lokasi kejadian.

“Sementara dua mangsa yang menaiki Van Nissan Vanette mengalami kecederaan akibat tersepit, masing-masing lelaki berusia 29 tahun dan wanita lingkungan 60-an,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Kata beliau, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans KKM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan lanjut.

“Pihak bomba menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan hidraulik ke atas “Dua mangsa yang tersepit dalam van dan mangsa maut.

“Mayat kedua-dua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Mahir Mat Saad itu tamat pada 4.09 petang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Dua lelaki maut dalam nahas lori ayam terbabas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI