Dua hospital bakal dibuka di Perak tahun ini

IPOH – Dua hospital awam baharu di Negeri Perak iaitu, Hospital Seri Iskandar dan Parit Buntar dijangka siap dan mula beroperasi menjelang hujung tahun ini.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, A Sivanesan berkata, kedua-dua hospital yang dijangka dilengkapi 320 katil itu bakal memberi manfaat kepada masyarakat setempat di daerah Perak Tengah dan Kerian.

Dua hospital awam bakal dibuka di Perak tahun ini Dua hospital awam baharu di Negeri Perak iaitu, Hospital Seri Iskandar dan Parit Exco Perak A Sivanesan Perak Tengah dan Kerian.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan pada sidang media ketika hadir ke Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Pusat Pakar Mata Lee di Ipoh, pagi tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 MEI 2024.

“Pada penghujung tahun in, dua hospital berkenaan akan dibuka. Malah, sebuah klinik kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Pangkor juga akan dibuka tahun ini.

“Perkhabaran ini merupakan perkara utama (yang memberi kebaikan) berkaitan kesihatan di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Pusat Pakar Mata Lee (LCE) di sini, pada Khamis.

Dua hospital awam bakal dibuka di Perak tahun ini Dua hospital awam baharu di Negeri Perak iaitu, Hospital Seri Iskandar dan Parit Exco Perak A Sivanesan Perak Tengah dan Kerian.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (tengah) merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Pusat Pakar Mata Lee di Ipoh, pagi tadi. Turut hadir Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 MEI 2024.

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Pengasas dan Pengerusi LCE, Datuk YC Lee.

Dalam pada itu, berhubung isu pertukaran nama Hospital Parit Buntar, Sivanesan memberitahu kerajaan negeri telah bersetuju agar nama hospital berkenaan dikekalkan.

Ujar Sivanesan, beliau juga akan memaklumkan perkara itu kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dua hospital awam bakal dibuka di Perak tahun ini Dua hospital awam baharu di Negeri Perak iaitu, Hospital Seri Iskandar dan Parit Exco Perak A Sivanesan Perak Tengah dan Kerian.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (dua, kanan) melakukan tinjauan ketika hadir ke Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Pusat Pakar Mata Lee di Ipoh, pagi tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 MEI 2024.

“Ramai yang tidak bersetuju tentang pertukaran nama hospital tersebut dan perkara ini telah dibawa ke Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini..

“Menerusi mesyuarat itu, semua sebulat suara dan memutuskan nama Hospital Parit Buntar dikekalkan, ujarnya.

Pada masa sama, beliau berkata ketika ini sebanyak 14 hospital, 88 klinik kesihatan, 126 klinik desa dan empat klinik bergerak ada di Perak setakat ini dengan melibatkan lebih daripada 5,800 katil.

Sebelum ini media melaporkan Hospital Seri Iskandar dibangunkan dengan nilai RM147.8 juta sementara RM136 juta bagi Hospital Parit Buntar. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak hasrat jadi hab pelancongan kesihatan menjelang 2025

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI