Dua rakan mengaku tidak bersalah menyamar pegawai Imigresen

IPOH – Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menyamar sebagai pegawai Jabatan Imigresen pada Februari lalu.

Tertuduh, Sarvinraj M Arumugam dan Harjit Singh Sulakhan Singh masing-masing berusia 26 tahun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan bersama dibacakan juru bahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen kepada seorang warga asing, Cahya Ulfah sedangkan mereka secara bersama mengetahui tidak memegang jawatan itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu sekitar jam 3 petang di sebuah rumah di Taman Klebang Jaya, Chemor pada 25 Februari lalu.

Manakala, untuk pertuduhan kedua, mereka didapati berpura-berpura memegang sesuatu jawatan yang tertentu sebagai seorang penjawat awam iaitu menyamar sebagai pegawai Imigresen.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Jalan Kampar, Pekan Bharu kira-kira jam 10.30 pagi pada 26 Februari lalu.

Dua rakan mengaku tidak bersalah menyamar sebagai Pegawai Imigresen
Tertuduh, M A Sarvinraj, 26 (kanan) dan Harjit Singh Sulakhan Singh, 26, mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas pertuduhan menyamar sebagai Pegawai Imigresen, Februari lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 MAC 2024.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,800 bagi pertuduhan pertama dan RM1,400 bagi pertuduhan kedua.

Sementara itu, dalam prosiding sama, Sarvinraj mengaku tidak bersalah memiliki harta curi iaitu telefon bimbit jenama iPhone XR dan kad bank Hong Leong milik seorang warga asing, Neng Pipit.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Klebang Jaya, Chemor pada jam 6.35 pagi, 26 Februari lalu.

Sehubungan itu, dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 411 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksima tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun dan boleh dikenakan denda.

Majistret Siti Nora membenarkan jaminan sebanyak RM1,800 terhadap tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nuranisah Ismah Muhammad Husaini manakala Sarvinraj yang tidak bekerja diwakili peguam, Amrick Singh Samdu manakala bekas jurujual, Harjit Singh diwakili peguam S Morgan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua lelaki menyamar Pegawai Imigresen direman tiga hari

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI