Dua lelaki menyamar Pegawai Imigresen direman tiga hari

IPOH – Dua lelaki warga tempatan yang menyamar sebagai Pegawai Imigresen dan dipercayai terlibat dalam kes samun di sekitar bandar raya Ipoh direman selama tiga hari mulai hari ini hingga 1 Mac bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, terdahulu dua suspek masing-masing berusia 25 dan 26 tahun ditahan sekitar jam 4.30 pagi semalam.

Menurutnya, mereka ditahan di dua lokasi berasingan oleh sepasukan anggota dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Sebelum ini, kita menerima lima laporan polis mengenai kejadian samun melibatkan dua lelaki yang menyamar sebagai Pegawai Imigresen sejak 23 hingga 26 Februari lalu dengan melibatkan kerugian wang tunai dan harta benda sebanyak RM6,000.

“Lanjutan daripada tindakan pantas pihak polis mengadakan operasi khas yang dijalankan, dua lelaki terbabit berjaya ditahan pada 27 Februari lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata, polis turut merampas beberapa barang kes termasuklah kenderaan yang digunakan oleh suspek.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek berumur 25 tahun mempunyai dua rekod kesalahan jenayah dan empat rekod melibatkan kesalahan dadah manakala suspek berusia 26 tahun mempunyai dua rekod kesalahan dadah.

“Ujian saringan awal air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamine,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tipu jadi mangsa samun: Peniaga roti diperintah buat kerja kebajikan tiga bulan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI