EDP pertingkat kompetensi penjawat awam negeri

SELARAS dengan visi Yayasan Perak menjadi agensi peneraju pembangunan modal insan yang unggul, dinamik dan bertaraf global ke arah kesejahteraan Negeri Perak menjelang 2030, pembangunan kepimpinan adalah salah satu teras yang diberi penekanan oleh Yayasan Perak.

Yayasan Perak juga melihat ruang untuk program ini dipanjangkan kepada semua penjawat awam negeri bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

Maka tidak hairanlah Yayasan Perak di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan memperkenalkan Program Pembangunan Eksekutif atau dikenali sebagai Executive Development Program (EDP).

Program yang dilancarkan pada tahun lalu itu menggariskan tiga objektif iaitu melahirkan generasi pemimpin yang berkualiti serta berkeyakinan tinggi; mewujudkan nilai, sikap, dan etika profesionalisme dalam diri agar melaksanakan tanggungjawab dengan berintergriti, amanah dan profesional serta meningkatkan tahap kemahiran kepimpinan ke arah yang lebih proaktif dan berkesan.

Sejak dilancarkan EDP telah dilaksanakan sebanyak tiga siri melibatkan 1,200 peserta yang diberi latihan dalam aspek komunikasi berkesan, perancangan strategik serta ketrampilan dan etika professional.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir pada Majlis Pelancaran Program Pembangunan Eksekutif (EDP) Yayasan Perak di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF.

Bercakap kepada Malaysia Gazette (MG) Perak, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan berkata, EDP bersifat pembangunan modal insan yang holistik dan teratur kerana kompetensi yang diperlukan telah dikenalpasti dan pegawai-pegawai dibangunkan melalui program yang tersusun dan teratur.

Menurut Dr Nasreen, kompetensi pegawai-pegawai penjawat awam Perak merupakan elemen penting dalam menggerakkan Pelan Perak Sejahtera 2030 dan Yayasan Perak merealisasikan ia dengan kaedah strategik dan cara tersendiri.

Jelasnya, EDP memainkan peranan dengan mengenalpasti 10 kompetensi utama yang perlu dibangunkan dalam Pembangunan Kepimpinan penjawat awam dan swasta di negeri ini.

“Program ini mempunyai matlamat membangunkan sumber modal insan yang berkualiti di dalam Negeri Perak ini yang merupakan Agen kepada pembangunan negeri.

“Kita mengharapkan kompetensi pegawai ini akan dapat ditingkatkan supaya mereka lebih efisien dan berkesan dalam melaksanakan dasar dan inisiatif kerajaan negeri,” katanya.

1,200 peserta dilatih dalam tiga siri EDP

Mengulas lanjut, Nasreen berkata, Kerajaan Perak melalui Yayasan Perak mengharapkan kompetensi pegawai terlibat dapat ditingkatkan supaya mereka lebih efisien dan berkesan dalam melaksanakan dasar dan inisiatif kerajaan negeri.

Temubual Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum Nawab Khan di Wisma Yayasan Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF.

Katanya lagi, EDP yang diperkenalkan pada tahun lalu telah dilaksanakan sebanyak tiga siri melibatkan 1,200 peserta dilatih dalam aspek komunikasi berkesan, perancangan strategik dan juga ketrampilan dan etika professional.

“Apa yang menarik lagi, kita turut melibatkan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Anak Perak di seluruh Malaysia dalam usaha membentuk pemimpin muda negeri di masa akan datang,” katanya.

Tambah beliau, selain EDP Yayasan Perak juga telah melaksanakan bermacam program bersama pelbagai pemegang taruh bagi mendokong pembangunan Perak.

“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, kami banyak menumpukan dan memberi fokus kepada golongan B40 untuk memastikan golongan ini tidak tercicir dalam agenda pembangunan negeri.

“Sesebuah negeri tidak akan stabil sekirakan terdapat jurang sosial and ekonomi yang besar di antara golongan atasan dan bawahan.

“Pembangunan terutama akses kepada Pendidikan adalah keperluan dan hak setiap rakyat. Semua ini bertujuan memastikan rakyat Perak menikmati kesejahteraan dan kemakmuran yang berterusan menjelang 2030,” katanya.

Kejayaan pelaksanaaan Perak Sejahtera 2030 juga menuntut prestasi dan effisiensi yang tinggi daripada setiap penjawat awam. Oleh yang demikian penjawat awam Negeri Perak ini harus dipersiapkan untuk menuju matlamat tersebut.

Selain itu, Yayasan Perak turut menyasarkan kakitangan awam, swasta, pemimpin tempatan dan warta Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) tidak kira awam mahupun swasta. -MG Perak

Artikel Berkaitan: 

Program Pembangunan Eksekutif sokong agenda Perak Sejahtera 2030

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI