Empat beradik diselamatkan dari GISBH di Tapah di bawah JKM – Exco

IPOH – Empat beradik yang diselamatkan dalam Op Global oleh pihak polis di Tapah, Sabtu lalu, diletakkan di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, mangsa berusia antara enam hingga 11 tahun berada di lokasi selamat dengan ditempatkan di salah sebuah institusi milik jabatan itu.

“Kesemua kanak-kanak yang terlibat berada dalam perlindungan dan penjagaan JKM yang mana segala hal ehwal kebajikan mereka sedang dijaga dengan baik dan tertib.

“Mereka ditempatkan di institusi yang selamat di bawah JKM sehingga selesai siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan langkah seterusnya akan diambil mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Tambah Salbiah, kesemua mangsa berada dalam keadaan baik selepas menjalani saringan kesihatan dari Jabatan Kesihatan.

“JKM ada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk memastikan kesihatan, kebajikan, pendidikan dan segala keperluan lain kanak-kanak terjaga.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa kanak-kanak tersebut berada dalam perlindungan dan penjagaan yang sewajarnya. Kebajikan mereka kami jaga dengan baik,” katanya.

Terdahulu media melaporkan empat kanak-kanak diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah rumah amal di Tapah dan siasatan mendapati semua mangsa telah terpisah dengan bapa mereka sejak 2021.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, salah seorang kanak-kanak tersebut merupakan individu tular yang dirotan oleh ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH). -MG Perak

Artikel Berkaitan:
Semua premis GISBH di Perak dalam pemerhatian polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI