Geely rancang buka universiti antarabangsa di Tanjung Malim

IPOH – Syarikat automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd atau Geely berminat untuk membuka sebuah universiti antarabangsa di Proton City, Tanjung Malim.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya melalui sesi pertemuan dengan Pengarah Eksekutif Kumpulan Geely, Dr. Wei Mei, di pejabatnya pada Selasa minggu lalu.

Katanya, perancangan pembukaan institusi pengajian tinggi itu bakal melahirkan lebih ramai bakat muda sama ada dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mahupun teknologi automotif.

Suasana Sekitar Angkat Sumpah Mesyuarat Pertama Penggal Pertama, Dewan Belia Ke-4 Tahun 2023/2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 DISEMBER 2023.

“Mereka belum datang dengan perancangan yang konkrit (masih di peringkat cadangan awal). Akan tetapi kerajaan negeri telah menerimanya dan sudah mencadangkan beberapa tapak cadangan pembinaanya.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pun ada menyebut, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga akan menerima kebaikan daripada pembinaan sebuah universiti swasta antarabangsa di daerah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Dewan Belia Sesi 2023/2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Sabtu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sesi sidang media Mesyuarat Pertama Penggal Pertama, Dewan Belia Ke-4 Tahun 2023/2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 DISEMBER 2023.

Dalam pada itu, Saarani berkata, nilai pelaburan berjumlah RM32 billion melalui projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) itu bukan sahaja akan memberi limpahan ekonomi terhadap daerah Muallim, malah ia akan turut hingga ke Batang Padang.

Menurut beliau, cadangan pembukaan universiti yang diusulkan Geely itu dilihat akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi baharu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Pembukaan Sidang Dewan Belia Perak Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Sesi Keempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 DISEMBER 2023.

Dalam perkembangan lain, Saarani memberitahu, kerajaan negeri telah mengenal pasti lokasi tepat yang bersesuaian bagi membangunkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian.

Tanpa mendedahkan secara terperinci, beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri telah bersetuju dengan perkara itu baru-baru ini.

“Perkara itu telah diserahkan kepada Kementerian Ekonomi melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.-MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pembangunan AHTV di Tanjung Malim dijangka mula tahun depan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI