Guru muda sedia berkhidmat di pedalaman

IPOH – Seramai 767 guru di Perak yang menerima surat pelantikan pada Khamis, bersedia untuk berkhidmat di sekolah masing-masing walaupun di kawasan pedalaman seperti di Hulu Perak.

Guru, Nur Amira Khairul Anuar, 27, berkata, dia sudah bersedia dari segi fizikal dan mental selepas mendapat penempatan mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Dala, Gerik baru-baru ini.

guru muda perak pedalaman perak gerik cikgu perak guru mengajar anak didik murid pelajar sekolah perak

Anak sulung dari dua beradik yang berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang itu berkata, pada awalnya dia agak terkejut apabila mendapati laluan ke sekolah pedalaman berkenaan amat mencabar.

“Saya ada cuba melawat ke sekolah berkenaan sebelum ini yang mana saya terkejut kerana laluannya berbukit dan hanya sesuai dilalui kenderaan pacuan empat roda.

“Dalam perjalanan kira-kira sejam dari jalan besar itu, memang dapat lihat keadaan jalan amat berlumpur.

“Walau bagaimanapun, saya berpandangan ini adalah cabaran yang perlu saya hadapi sebagai seorang pendidik,” katanya.

guru muda perak pedalaman perak gerik cikgu perak guru mengajar anak didik murid pelajar sekolah perak
Para guru melafazkan ikrar pada Taklimat Dan Lapor Diri Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 Bagi Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Negeri Perak 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 DISEMBER 2023.

Selain itu, Nur Amira berkata, pihak pentadbiran sekolah ada menyediakan hotel atau tempat penginapan yang berhampiran bagi kemudahannya untuk rutin harian ke sekolah.

“Saya memang sudah siap sedia dengan semua pakaian yang sesuai antaranya pakaian sukan, kasut but dan sebagainya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Muhammad Akmal Mohd Yusof, 25, berkongsi keterujaannya yang akan ditempatkan di SK RPS Pos Kemar, Gerik pada tahun hadapan.

guru muda perak pedalaman perak gerik cikgu perak guru mengajar anak didik murid pelajar sekolah perak
Guru baharu, Muhammad Akmal Mohd Yusof, 25, pada Taklimat Dan Lapor Diri Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 Bagi Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Negeri Perak 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 DISEMBER 2023.

 

Anak bongsu dari empat beradik dari Sik, Kedah itu berkata, keputusan yang diterimanya itu sedikit pun tidak melunturkan semangatnya untuk menimba pengalaman mendidik anak murid di kawasan pedalaman.

“Saya pun berasal dari kampung, dan berjiwa anak kampung. Jadi, apabila saya dapat penempatan di situ, saya bersemangat untuk berbakti dan berkhidmat kepada anak-anak murid di situ,” ujarnya.

guru muda perak pedalaman perak gerik cikgu perak guru mengajar anak didik murid pelajar sekolah perak guru muda perak pedalaman perak gerik cikgu perak guru mengajar anak didik murid pelajar sekolah perak
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah bergambar bersama para guru pada Taklimat Dan Lapor Diri Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 Bagi Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Negeri Perak 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 DISEMBER 2023.
guru muda perak pedalaman perak gerik cikgu perak guru mengajar anak didik murid pelajar sekolah perak guru muda perak pedalaman perak gerik cikgu perak guru mengajar anak didik murid pelajar sekolah perak
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah (kiri) menyampaikan surat penempatan kepada para guru baharu pada Taklimat Dan Lapor Diri Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 Bagi Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Negeri Perak 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 DISEMBER 2023.

Mereka ditemui MG Perak selepas program Taklimat dan Lapor Diri Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 Bagi Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Negeri Perak 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Khamis.

Ia disempurnakan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah, serta Pengarah Pendidikan Negeri, Mohamad Fauzi Mahson. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Anwar jamin selesai isu lambakan graduan perguruan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI