Anwar jamin selesai isu lambakan graduan perguruan

TANJUNG MALIM – Kerajaan memberi jaminan akan menyelesaikan isu lambakan graduan perguruan di negara ini, termasuk dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah akan dilaksanakan persekutuan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pendidikan.

“Kita akan selesaikan (masalah lambakan graduan perguruan), kerana kita telah memberikan kelulusan, malah Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) ada mengumumkan pengambilan guru baharu tahun ini.

“Usaha untuk mengisi kekosongan guru itu adalah yang ketara pernah dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

anwar graduan UPSI graduan perguruan guru penempatan perdana menteri anwar ibrahim anwar graduan UPSI graduan perguruan guru penempatan perdana menteri anwar ibrahim anwar graduan UPSI graduan perguruan guru penempatan perdana menteri anwar ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima cenderahati daripada pelajar selepas sesi Dialog Mahasiswa Temu Anwar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2023.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan soalan daripada salah seorang pelajar pada Dialog Mahasiswa Temu Anwar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; serta Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara, Tan Sri Dr Abdul Latiff Abu Bakar.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan, walaupun ia tidak semua graduan perguruan bakal diserap untuk mengajar di institusi pendidikan, namun kerajaan masih melaksanakannya secara berperingkat.

anwar graduan UPSI graduan perguruan guru penempatan perdana menteri anwar ibrahim anwar graduan UPSI graduan perguruan guru penempatan perdana menteri anwar ibrahim anwar graduan UPSI graduan perguruan guru penempatan perdana menteri anwar ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama pelajar selepas sesi Dialog Mahasiswa Temu Anwar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2023.

“Seperti dalam soal doktor kontrak, tahun ini kali pertama lebih seribu diserapkan dalam kerajaan. Jadi sebelum bangkitkan isu ini, tanya kenapa kerajaan dahulu tidak melakukannya (dengan baik),” katanya lagi.

Pada Novermber media melaporkan, Kementerian Pendidikan mengumumkan seramai 9,552 graduan perguruan ditawarkan jawatan guru gred DG41 bagi pengambilan tahun ini.-MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

RM25 juta untuk tambah baik, kapasiti penginapan pelajar UPSI – PM

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI