Harap kerajaan negeri bentang bajet progresif – Datuk Bandar Ipoh

IPOH – Pembentangan Bajet Perak 2024 yang dijadualkan pada 1 Disember ini diharap dapat membantu dalam meningkatkan pembangunan dan ekonomi di negeri ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berharap bajet yang akan dibentangkan adalah progresif yang boleh membawa manfaat kepada negeri dan rakyat.

“Kita harap Bajet Perak 2024 adalah yang progresif yang membawa pembangunan dan ekonomi negeri ini ke hadapan.

“Justeru, kita juga berharap bajet ini lebih tertumpu kepada perbelanjaan kerajaan negeri ke arah pelaburan yang boleh membawa kepada manfaat yang lebih untuk negeri dan rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada MG Perak selepas diminta menyatakan harapannya terhadap pembentangan Bajet Perak 2024, baru-baru ini.

Sebelum ini, pada Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’ sebanyak RM1.19 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri.

Belanjawan tersebut menggariskan lima fokus utama iaitu Kesejahteraan Rakyat, Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri, Kelestarian Alam Sekitar, Keterjaminan Bekalan Makanan, dan Pembangunan Modal Insan dan Belia. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI