Harga ayam tetap dipantau walau tiada dalam Skim Harga Maksimum Aidilfitri – Exco Perak

IPOH – Harga ayam segar di pasaran Perak akan tetap dipantau sepanjang Aidilfitri walaupun ia tidak tersenarai di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024.

Exco Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak, Woo Kah Leong berkata, pemantauan itu perlu biar pun bekalan barangan makanan berkenaan masih mencukupi di negeri ini.

Harga ayam dipantau KPDN Pantau perak Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 Aidilfitri Exco Perak Woo Kah Leong ayam segar pasaran harga
Exco Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak, Woo Kah Leong bersama Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri, Datuk Kamalludin Ismail ketika mengadakan Sesi Tinjauan Mesra Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Aeon Kinta City Ipoh. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Katanya, malah harga ayam segar yang dijual di pasaran ketika kini juga masih berada pada tahap yang stabil.

“Disebabkan itu ayam segar tidak termasuk dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Walau bagaimanapun, sekiranya ada pengguna mengesan berlaku masalah dari segi harga dan bekalan ayam segar, sila laporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan Sesi Tinjauan Mesra Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Aeon Kinta City, dekat sini pada Jumaat.

Hadir sama, Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail.

Harga ayam dipantau KPDN Pantau perak Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 Aidilfitri Exco Perak Woo Kah Leong ayam segar pasaran harga
Exco Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak, Woo Kah Leong bersama Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri, Datuk Kamalludin Ismail ketika mengadakan Sesi Tinjauan Mesra Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Aeon Kinta City Ipoh. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Mengulas lanjut, Kah Leong memberitahu, sebanyak 19 daripada 22 jenis barangan melibatkan kategori hasil laut, barangan kering, sayuran dan daging ditetapkan harga maksimum semasa pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan 2024 di Perak.

Tambah beliau, skim harga tersebut akan berkuat kuasa bermula 5 April hingga 19 April di seluruh negara.

Di samping itu, Kah Leong berkata, seramai 169 penguat kuasa dan 70 pegawai pemantau harga KPDN Perak akan melaksanakan pemeriksaan serta pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik

Jelas beliau, ia termasuk pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah barangan keperluan Hari Raya Aidilfitri.

“Pendekatan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini melalui Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011,” ujarnya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak SADC tawar 24 ekor lembu, 3,600 ayam pada Jualan Rahmah Aidilfitri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI